Seorang lelaki kecewa apa bila durian berkualiti premium yang dibeli dengan RM117 tidak mengandungi sebarang isi, lapor Mothership.sg.
Difahamkan, lelaki tersebut telah membeli durian premium jenis black thorn seberat 1.8 kg dengan harga RM117 untuk sebiji pada 3 Julai lalu.
Lelaki itu turut berkongsi satu video di laman Facebook miliknya yang menunjukkah bahawa durian yang dibelinya tidak mengandungi sebarang isi.
Setiap pangsa durian itu juga didapati kosong dan tidak memilik sebarang biji.
Pada awalnya, dia menyangka durian itu akan mengandungi isi yang besar dan banyak memandangkan berat durian tersebut hampir mencecah dua kilogram.
Namun, sangkaannya meleset selepas lelaki itu membuka durian tersebut.
Video tersebut juga telah dihujani komen daripada netizen kerana berasa kagum dengan kewujukan durian yang tidak boleh mengeluarkan sebarang isi.
Ada juga yang memberi nasihat supaya membuka durian terlebih dahulu di gerai sebelum dibawa pulang.
Sumber: Siakap Keli