Tak semua kedai makan viral di media sosial kita kena cuba. Kadangkala kita perlu menitikberatkan kebersihan makanan ataupun status makanan terbabit halal atau tak untuk dimakan.
Sebut tentang status halal, baru-baru ini seorang ‘influencer’ di TikTok membuat review makanan di sebuah kedai cendol di Pulau Pinang yang dikatakan popular di negeri terbabit dan hal itu telah menjadi topik bualan netizen.
Oleh itu, buat seorang muslim wajib mencari lokasi makanan yang halal kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging.
Seorang pengguna Facebook, Encik Azdy Mohd Arshad ada berkongsikan lokasi makanan halal yang sedap buat sesiapa yang bercuti ke Pulau Pinang.
Kepada sahabat2 yg datang bercuti ke Penang, maaflah kalau saya nak tegur sikit dan bagi cadangan…
Saya perhatikan sebelum ini ada di kalangan sahabat2 yang datang Penang kemudian kongsikan dalam FB apa yang dimakan. Agak menyedihkan bila ada yang muat naik dalam FB dengan makan cendol dan laksa TeoChew di Jalan Penang, curry mee dan macam2 masakan yang dimasak oleh bukan Islam di Kedai Kopi Bee Hwa, makan bihun goreng di kedai Auntie Taman Tun Sardon, minum kopi ais, ais kepai, rojak buah di sekitar kawasan Heritage, makan nasi lemak di Projek Nasi Lemak dan beberapa lagi…
Sangat menyedihkan bila saya tengok anak2 kecil, ibu mengandung, warga emas turut menjamu masakan2 ini tanpa rasa bersalah. Kesian kat anak2 yang tak tahu apa2 bila ibubapa meyuapkan makanan kepada anak2 ini dengan makanan yang status “halal” dan “suci” yang meragukan bila mana makanan tersebut disediakan oleh bukan Islam…
Nak cendol sedap boleh je makan di Ais Tingkap chowrasta, Cendol Maklom di Pekan Darat Butterworth atau cendol durian di Sg Ara.
Nak makan char kuey teow boleh ja makan di Sany Char Koay Teow di Bayan Baru dan Tokong Ular, Char Koay Teaw Telur Ayam dibasuh di Sg Dua, Key’s Char Koay Teow di Bukit Mertajam, Sinar Bintang di Astaka Lorong Kulit (pagi) dan banyak lagi.
Kalau teringin makan laksa, boleh je makan Laksa Mamu Sg. Pinang (sebelah mee mamak Afasia), Laksa Janggus di Balik Pulau, laksa di Medan Selera Pdg. Kota, laksa tempurung di Gertak Sanggul dan banyak lagi.
Nak makan nasi lemak, boleh pi makan nasi Lemak Liverpool di Batu Lanchang.
Kalau suka makan curry mee, curry mee Kak Arah di Jalan Sungai Pinang (bertentang bangunan JKP) pun ok jugak.
Nakkuey teow sup atau koay teow th’ng boleh makan kat Sg. Ara (coner tepi SMK Sg. Ara), depan TNB Lorong Kulit atau Sri Buana di astaka Taman Tun Sardon.
Tak payah la kot dok makan makanan atau masakan bukan Islam… Saya bukannya rasis tapi sekadar menasihati saudara seIslam untuk mencari makanan yang dijamin “halal” dan “suci” serta tanpa “was-was”… Kesian saya kat sahabat2 yang datang dari jauh tiba2 makan makanan yang “shubahah”.
Kalau nak beli barang dgn penjual bukan Islam, silakan. Tak menjadi masalah kerana barang tersebut tak boleh jadi darah daging kita. Tapi dalam bab makanan berhati-hatilah.
Kepada sapa yang terima teguran dan pandangan saya, terima kasih saya ucapkan. Kepada yang kurang senang dengan tulisan saya ni, saya minta maaf. Jangan marah ye. Sekurang-kurangnya saya dah menasihati saudara seIslam dengan saya dalam hal ini.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…