Categories: Informasi

Tak Tahu Cara Nak Simpan Bawang Blender Yang Tahan Lama? Sini Ada Caranya

Semua yang bekerja pasti rasa nak buat bawang blender akan mengambil masa yang lama bukan? Kadang-kadang tiada masa nak kopek dan blender bawang tu sebab nak cepat pergi kerja atau balik kerja pada lewat hari. Bila kita takde masa nak blend bawang dan yang lain-lain kita akan mengeluarkan duit dengan makan di kedai-kedai yang berdekatan dan ia akan membuatkan pembaziran berlaku.

Lepas baca cara dia dekat sini, senanglah kalau nak masak mee goreng atau bihun dengan cepat. Tinggal cedok lepastu tumis, masukkan bahan-bahan lain dan siap. Ni kalau ada tetamu tiba-tiba datang rumah pon kita boleh masak dengan cepat tak payah nak ambil masa yang lama.Yang penting tetamu pon suka dengan masakan kita.

Cara-cara buat stock bawang blender yang boleh tahan selama 3 bulan

Dekat sini ada 4 jenis bahan-bahan yang selalunya kita kisarkan sebelum masak. Kalau korang rajin masak selalunya stock ini akan tahan 2 minggu je tapi takpe ikut je cara ni supaya lepas ni senang nak buat stock dalam peti ais.

Cara buat cabai kisar

  1. Gunting cabai kecik-kecik lebih kurang 1 inci lepastu buang biji cabai tu.
  2. Rebus cabai tu sampai dia lembut.
  3. Masukkan garam dan sedikit minyak bagi cepat lembut.
  4. Tapis dan bilas dengan air.
  5. Masukkan cabai dalam blender.
  6. Blend sampai masuk air bertapis sikit sekadar bagi blender tu boleh putar saja.
  7. Bila dah siap blender,masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping,simpan di dalam peti ais.

Boleh tahan hingga 3 bulan ke atas tau cabai ni.

Cara buat bawang besar kisar

  1. 1 kilo bawang besar dihirs kecil supaya senang nak blend.
  2. Blender bawang sikit-sikit bersama dengan minyak.
  3. Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang.
  4. Pastikan sikit saja air tu nanti senang kisar bawang.Sebab tu bawang kena potong halus2.
  5. Dah siap blender,masukkan ke dalam bekas yang kering.
  6. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum simpan dalam peti ais.

Boleh tahan 1 bulan ke 2 bulan bawang kisar ni tau.

Cara buat bawang putih kisar

  1. Setengah kilo halia.Buang kulit, cuci dan hiris kecik-kecik.
  2. Blender bawang bersama air bertapis. Anggaran air adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang.
  3. Dah siap blender,masukkan ke dalam bekas yang kering.

Boleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.

Cara buat halia kisar

  1. Setengah kilo halia. Buang kulit,cuci dan potong kecik-kecik.
  2. Blender halia dengan sedikit air.
  3. Kalau cikdyg blender dulu separuh halia tu dengaan suku air.
  4. Bila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis.
  5. Halia ni jenis banyak air, jangan gatai2 letak air banyak tau.
  6. Dah siap blender, masukkan dalam bekas yang kering.

Boleh tahan 2 bulan.


Tips penting untuk lebih bertahan lama.

Setiap kali nak cedok bahan ni, pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campur lepas cedok bawang cedok halia pulak. Untuk elakkan cepat berkulat.

Kredit: Cik Dayang Zuhaila

Baca juga:

5 Sebab Makanan Cepat Rosak, No. 3 Itu Selalu Orang Kita Buat!

Resipi Telur Pecah Sambal Berlado Padu, Nasi Sepinggan Confirm Tak Cukup

Fatin

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

3 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago