resepi sate daging

Tiada yang mampu menandingi rasa masakan ibu. Bukan kerana bahan rahsianya, tapi kerana kasih yang tak pernah kurang seperti yang dikongsikan oleh wanita ini tentang resepi Sate Daging arwah ibunya.

Sate sangat popular di Malaysia dan Indonesia serta mudah dijumpai di pasar malam. Antara sate yang disukai ramai ialah sate ayam, ikan dan daging.

Lia Lieyana Ikram telah kongsikan resepi Sate Daging di Facebook yang dapat daripada arwah ibunya dan cara membuatnya cukup mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

RESEPI SATE DAGING

resepi sate daging

Bahan-bahan:

  • 1kg daging (potong agak-agak)

Bahan perap:

  • 3 biji bawang besar
  • 5 sudu makan minyak masak
  • 4 biji bawang putih
  • Halia (sebesar ibu jari)
  • Lengkuas (sebesar ibu jari)
  • 2 batang serai
  • 3 sudu makan jintan manis (disangai)
  • 3 sudu makan jintan kasar (disangai)
  • 10 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan ketumbar (disangai)
  • ½ cawan gula (agak-agak)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar semua bahan perap sampai sebati.

2. Kemudian, masukkan dalam daging yang sudah dipotong.

resepi sate daging

3. Jika nak lebih sedap, perap lebih kurang selama 5 hingga 6 jam.

4. Selepas itu, cucuk pada lidi.

5. Akhir sekali, bakar sampai daging masak. Siap!

Selepas dibakar, anda boleh makan sate daging bersama kuah kacang, nasi impit, timun dan bawang. Jika nak tukar selera, boleh ganti daging dengan ayam pula.

Selamat mencuba!

Sumber: Lia Lieyana Ikram

Baca juga: Cara Buat Sate Ayam & Daging Guna Air Fryer, Ada Rahsia Hasil Berkilat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN