
Media Prima merupakan rakan media rasmi bagi Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 yang bakal berlangsung di The Hood, Kuala Lumpur, dari 9 hingga 13 September 2026.
Selama lima hari, Kuala Lumpur akan menjadi lokasi persinggahan Professional Pickleball Association Asia (PPA Asia) Tour, yang menghimpunkan pemain pickleball terbaik dunia untuk berentap merebut kejuaraan.
Bukan sekadar menyaksikan perlawanan, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik di Pickletown, termasuk makanan, permainan, cabutan bertuah dan barangan eksklusif sepanjang kejohanan berlangsung.
LEAPMOTOR KUALA LUMPUR 2026, SAKSIKAN PICKLEBALL BERTAFAF DUNIA DI KL

Penganjur juga menawarkan beberapa pilihan tiket mengikut pengalaman yang diinginkan.
1. DINKER GA Season Pass – Semua 5 Hari
Nikmati aksi kejohanan selama lima hari, daripada pusingan kelayakan, perlawanan sengit hinggalah kemuncak kejohanan pada Championship Sunday. Pass ini turut memberikan akses ke tempat duduk umum serta seluruh kawasan Pickletown. Anda juga boleh keluar masuk venue sepanjang minggu mengikut kesesuaian jadual tanpa perlu risau terlepas aksi di gelanggang.
Dapatkan DINKER GA Seasson Pass di sini.
2. BANGER & DINKER GA – Tiket Sehari
Nak datang untuk satu hari sahaja? Pilih BANGER GA untuk mendapatkan akses ke GA Left Stand, yang terletak di belakang pemain. Lokasi ini membolehkan anda menonton perlawanan dengan lebih dekat sambil memberikan sokongan kepada pemain pilihan.
Manakala DINKER GA memberikan akses ke GA Right Stand, dengan pemandangan yang membolehkan anda mengikuti aksi perlawanan dari awal hingga akhir, termasuk ketika pemain masuk ke gelanggang dan setiap timeout.
Dapatkan Babger & Dinker GA di sini.
3. VIP Pass
Mahukan pengalaman yang lebih eksklusif? VIP Pass menawarkan tempat duduk khas dengan pemandangan yang baik untuk menyaksikan aksi di gelanggang. Anda juga mendapat akses ke VIP Lounge untuk menikmati makanan dan minuman yang disediakan. Lebih menarik, pemegang VIP Pass turut berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan pemain profesional sepanjang kejohanan.
Dapatkan ‘VIP Pass’ di sini.
4. Premium Courtside Pass
Kalau nak duduk paling dekat dengan aksi, Premium Courtside Pass adalah pilihan yang sesuai. Pass ini memberikan tempat duduk barisan hadapan di Championship Court, membolehkan anda menyaksikan setiap perlawanan dengan lebih dekat.
Selain itu, pemegang pass turut mendapat akses ke VIP Lounge dengan makanan dan minuman, sesi bertemu dan beramah mesra bersama pemain profesional, laluan masuk khas serta Official Tournament Merch Pack bernilai lebih RM2,000. Tempat duduk courtside adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pass anda.
Dapatkan Premium Courtside Pass di sini.
Dapatkan Barangan Eksklusif
Nak bawa pulang cenderahati dari Leapmotor Kuala Lumpur Cup? Pelbagai barangan eksklusif boleh didapati di venue sepanjang lima hari acara, termasuk baju rasmi, mini paddle, collectible toy dan banyak lagi. Barangan ini hanya boleh didapati sepanjang acara dan tertakluk kepada stok yang ada.
Anda juga boleh mendapatkan baucar barangan eksklusif melalui pra-tempahan sebelum acara dan menikmati nilai tambahan untuk pembelian di kedai rasmi. Jangan tunggu lama kerana kuantitinya terhad! Pre-order merch voucher di sini.
Tak Dapat Datang? Boleh Tonton Secara Live!
Tak sempat nak ke The Hood? Anda masih boleh ikut aksi Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 secara langsung menerusi Tonton! Jadi, tandakan kalendar anda dari 9 hingga 13 September dan jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri aksi pickleball bertaraf dunia di Kuala Lumpur!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














