Lamb Chop Homemade, Resipi Perap Ikut Style Turki.
Ada tak penggemar western di sini? Jom cuba buat Lamb Chop pula hari ini. Ringkas dan tak perlu guna banyah bahan pun.
Memang senang nak buat. Tak perlu nak makan di restoran nanti. Tapi perapan lamb chop kali ini kita ikut style Turki. Memang kecur air liur dibuatnya.
Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Yana Owolabi dan katanya suaminya pun amat menggemari lamb chop perapan ini.
Baca juga: Resipi Chicken Chop Brown Sauce, Siap Dengan Coleslaw Ala KFC
Kebiasaannya perapan ini beliau biasa guna untuk ayam. Tapi rupanya sesuai juga untuk dipakai di atas daging kambing. Sambil repeat suaminya makan. Memang kena cuba ini.
Anak-anak pula memang berhantu makan daging kambing. Jadi sekali sekala masak mewah sikit untuk mereka apa salahnya.
Bahan-bahan:
*Serbuk-serbuk herba saya campak ikut suka, jadi tiada sukatan. kemudian perap kira-kira 2 hingga 3 jam. Lagi lama perap lagi sedap.
Bahan untuk sos blackpepper:
* kisar kesemua bahan ini dalam blender.
Cara penyediaan:
1. Panaskan pan grill dnegan api sederhana. Letak butter.
2. Kemudian letakkan kepingan kambing yang sudah diperap dan grill kira-kira 3 minit.
3. Kemudian, terbalikkan kepingan tadi dan grill juga sehingga 3 minit. Kalau nak masak habis, boleh tunggu sehingga 7 minit dan kacau-kacau butter di atas kepingan kambing agar tidak hangus.
4. Dah boleh diangkat dan biarkan daging rehat kira-kira 2 minit untuk bagi air daging semua keluar.
5. Untuk penyediaan sos blackpepper pula, masukkan kesemua yang sudah dikisar tadi ke dalam pan grill yang masih ada lebihan butter yang grill kambing tadi.
6. Kacau sampai berkilat dan pastikan semuanya terasa. Nak pekat atau cair tambah air. Sudap siap!
Makan panas-panas memang sedap sangat! Terima kasih Yana Owolabi diatas perkongsian resipi ini. Memang perkongsianya menjadi perhatian ramai dan ingin mencubanya.
Baca juga: Ayam Bakar Mayonis Cara Mudah, Tinggal Perap Kemudian Bakar Je
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…