laksa terengganu kuah putih

Ada tak penggemar laksa Terengganu kat sini? Apa kata hari ni korang follow resepi laksa Terengganu kuah putih kat sini.

Nak makan kuah putih tu dengan laksam pun boleh. Sedap sangat! Hujung-hujung minggu ni bolehlah buat untuk family nanti.

Laksa Terengganu ni boleh di masak dengan dua cara. Samada kuah putih ataupun kuah merah.

Baca juga: Laksa Terengganu Kuah Merah, Simple & Sangat Sedap!

Laksa Terengganu kuah putih ni juga popular kat Terengganu. Terksur kuahnya pekat dan berlemak. Memang berbeza dengan kuah laksa Penang dan Johor.

Korang yang suka makan ulam-ulam dan gemar makan laksa, wajib cuba laksa Terengganu kuah putih ni. Sesuai juga di jadikan hidangan untuk rumah terbuka atau majlis-majlis keramaian di rumah.

Macam-macam jenis laksa ada kat Malaysia ni kan. Semua ada keenakannya yang tersendiri.

Untuk laksa Terengganu kuah putih, korang boleh follow resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ni.

Resipi Laksa Terengganu Kuah Putih


Bahan kuah:

  • 1 kilo ikan selayang segar
  • 8 ulas bawang merah dikisar
  • 2 inci halia dikisar
  • Satu sudu biji lada hitam dikisar
  • 500 gram Santan
  • Sedikit garam / gula
  • Satu biji limau nipis

Bahan untuk ulam:

  • Kubis
  • Timun
  • Tauge
  • Kacang panjang
  • Daun kemangi

Cara penyediaannya:

1. Ikan disiang dan direbus dengan sedikit garam dan 1 keping asam keping. Kemudian, kisar ikan dengan menggunakan air rebusan.

2. Panaskan periuk. Tuang ikan yang telah dikisar serta semua bahan kisar beserta santan. Tambah air mengikut kesesuain. Kacau kuah dengan api perlahan dan perasakan dengan garam dan gula.

3. Kuah perlu sentiasa di kacau agar tidak berkeladak dan pecah minyak.

4. Bila kuah nampak agak pekat tutup api.

5. Perah limau nipis. Siap!

Wah, makan dengan perahan limau nipis tu boleh kecur liur dibuatnya! Memang sedap sangat.

Nak buat pun mudah je. Buat kuah banyak-banyak pun takpe sebab boleh simpan dalam peti. Nanti korang boleh makan pula dengan laksam.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN