Categories: Resipi

Laksa Sarawak Mudah Dan Ringkas Guna Pes Segera, Memang Sedap!

Jom buat Laksa Sarawak mudah guna pes segera. Memang sama sedapnya macam resipi original. Yang penting, jimat masa dan mudah!

Laksa ini sangat berbeza dengan hidangan laksa yang lain seperti Laksa Utara dan Laksa Johor. Ciri-ciri laksa sarawak ini menggunakan perasa ayam atau udang beras dan mempunyai mi yang halus dan lembut. 

Baca juga: Laksa Sarawak Kalahkan Sushi Dalam Ranking Makanan Tradisional di Asia 

Asal usulnya pula tak diketahui dengan jelas, namun menurut Sarawak Kita, hidangan ini muncul ketika seorang lelaki bernama Goh Lik Teck mula menjual hidangan mi di Jalan Carpenter Kuching sekitar tahun 1945.

Disebabkan pembuatan kuahnya memerlukan banyak bahan. Jadi, kita boleh gunakan pes segera tanpa menghilangkan keaslian resipi laksa ini.

Menu resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Nor Khomariah Norrohman menerusi laman Facebook dan telah meraih sehingga 1.5k shares! Jom kita lihat cara-caranya.


RESIPI LAKSA SARAWAK MUDAH GUNA PES SEGERA

Bahan-bahan kuah:

  • Pes laksa sarawak
  • Isi ayam
  • 1 kotak santan
  • Udang
  • Garam secukup rasa
  • 1 ketul kiub ayam
  • Air secukupnya

Bahan-bahan lain:

  • Bihun – celur hingga lembut
  • Telur dadar – gulung dan potong
  • Isi ayam dicarik
  • Udang yang direbus
  • Tauge
  • Daun ketumbar
  • Limau kasturi
  • Sambal udang kering

Cara buat kuah:

1. Rebus isi ayam sehingga masak dan keluarkan isi ayam, nanti dah sejuk ayam tu carik carikkan. Kemudian Rebus udang sehingga udang bertukar warna dan angkat.

2. Masukkan pes laksa Sarawak Dan kiub ayam ke dalam air rebusan ayam Dan udang tadi, seterusnya masukkan santan, kacau rata, sentiasa kacau kuahnya. Kalau nampak pekat, boleh tambah air.
3. Masukkan perasa dan garam secukup rasa, bila kuahnya dah terbit minyak boleh lah tutup api.

RESIPI SAMBAL UDANG KERING

Bahan-bahan:
  • Cili kering
  • Udang kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Belacan
*Kisarkan semua bahan di atas.
Cara-cara memasak:
1. Tumiskan ke semua bahan-bahan hingga naik bau dan pecah minyak. Perasakan dengan garam dan tutup api.
2. Siap untuk dihidang.
Cara menghidangkan:
Susun bihun dalam mangkuk, kemudian tuang kuahnya, dan susun bahan-bahan lain dan sedia untuk dimakan.

Tak susah kan nak buat Laksa Sarawak guna pes segera ini. Bagi yang kurang gemar makan laksa sebab bau ikan, boleh lah mencuba laksa jenis ini pula.

Selamat mencuba!
Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Ikan Cencaru Bakar Cicah Dengan Air Asam, Memang Sedap Menyengat!

Hari ini, MyResipi ingin berkongsi resepi ikan cencaru bakar dengan air asam yang pasti sedap…

1 hour ago

Rahsia Cucur Udang Gebu Tanpa Bahan Penaik, Gaul Tepung Dalam Ais Sebelum Goreng!

Bagi menghasilkan cucur yang gebu, ramai yang gunakan bahan seperti yis atau serbuk penaik. Tapi…

2 hours ago

Cara Buat Air Jagung Creamy, Rasa Lemak Berkrim Tentu Anak-Anak Berebut Minum

Sering nampak peniaga jual air jagung yang sedap di bazar Ramadan, sampai teringin buat sendiri.…

2 hours ago

Resipi Tauge Goreng Sedap & Mengenyangkan, Cara Buat Pun Sangat Mudah!

Resepi taugeh goreng adalah hidangan yang sangat mudah disediakan, tetapi tetap sedap dan menyihatkan. Menu…

2 hours ago

Resepi Bubur Lambuk Guna 2 Cawan Beras, Simple Dan Mudah Dibuat Di Rumah

Sepanjang bulan Ramadan, ramai yang mengagihkan bubur lambuk sebagai sedekah. Jadi, resepi Bubur Lambuk simple…

3 hours ago

Cara Buat Keria Lembut, Ada Tips Supaya Gula Melekat Lama Dan Tak Cair

Semenjak bulan Ramadan ini, ramai mencari resipi kuih-muih yang lazat belaka. Oleh itu, kami nak…

3 hours ago