laksa penang

Bila tiba bulan Ramadan, ramai yang mencari menu berbuka puasa yang mudah tetapi tetap menyelerakan. Antara hidangan yang sering menjadi pilihan ialah laksa Penang kerana kuahnya yang masam, pedas dan beraroma memang cukup membuka selera selepas seharian berpuasa.

Menariknya, resipi laksa Penang viral ini menggunakan sardin dalam tin sebagai bahan utama. Walaupun cara penyediaannya lebih ringkas, kuahnya tetap pekat, padu dan sangat sedap. Resipi yang dikongsikan oleh Suriani Mohd Ariffin di Facebook ini juga sesuai untuk anda yang ingin menyediakan laksa dengan cara yang cepat di rumah.

Baca juga: Resepi Laksa Terengganu Legend Kuah Putih, Juadah Yang Dirindui Orang Pantai Timur!

RESIPI LAKSA PENANG VIRAL GUNA SARDIN

laksa penang

Bahan-bahan kisar:

  • 1 tin besar sardin
  • 2 paket pes asam pedas
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang India
  • 3 biji lada merah
  • Sedikit belacan
  • Sedikit nanas

Bahan-bahan tambahan:

  • Seikat daun kesum
  • 2 batang bunga kantan (hiris)
  • 5 hingga 6 keping asam keping
  • Nanas dipotong halus
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya

Bahan-bahan hiasan:

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.

2. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk.

3. Tambahkan kira-kira 1 jug air atau ikut kepekatan kuah laksa yang diinginkan.

4. Didihkan kuah di atas api sederhana.

5. Ambil sedikit isi sardin dan hancurkan supaya kuah laksa mempunyai ketulan ikan.

6. Masukkan bahan tambahan dan biarkan kuah mendidih sehingga masak.

7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Cara-cara hidang:

1. Masukkan laksa ke dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah laksa yang panas ke atasnya. Tambahkan bahan hiasan seperti telur rebus, daun pudina, bawang hiris dan bunga kantan.

2. Akhir sekali, perahkan limau kasturi untuk memberikan rasa masam segar yang menaikkan lagi selera ketika menikmati laksa Penang.

Tip Supaya Laksa Penang Lebih Sedap

  • Hancurkan sedikit isi sardin supaya kuah laksa Penang lebih bertekstur.
  • Nenas membantu memberikan rasa masam manis semula jadi dalam kuah.
  • Daun kesum dan bunga kantan adalah bahan penting yang memberikan aroma asli laksa Penang.

Resipi laksa Penang viral ini sangat sesuai dijadikan menu berbuka puasa kerana rasanya yang segar dan menyelerakan. Walaupun menggunakan sardin dalam tin, kuahnya tetap pekat, berempah dan sangat padu.

Jika anda peminat laksa, resipi mudah ini memang wajib cuba. Bukan sahaja cepat disediakan, malah rasanya juga cukup memuaskan untuk dinikmati bersama keluarga sepanjang bulan Ramadan.

Selamat mencuba!

Sumber: Suriani Mohd Ariffin

Baca juga: Cara Buat Laksa Sarawak Pekat, Wangi & Berlemak, Confirm Hirup Sampai Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN