laksa kuah merah

Selain laksa penang dan laksa kuah lemak, laksa kuah merah Terengganu ini juga ada peminatnya yang tersendiri.

Cara memasaknya juga sangat ringkas dan mudah! Siapa yang tak pernah merasainya, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Encik Muliadi Ramli di bawah.

Baca juga: Cara Masak Laksa Johor Asli, Guna Ikan Jenis Ini Supaya Kuah Lebih Pekat & Padu

Resepi Laksa Kuah Merah Terengganu

laksa kuah merah

Bahan-bahan:

Laksa beras 5kg
– Ikan selayang 2kg (rebus, ambil isi dan kisar kalus) air rebusan digunakan dalam kuah laksa
– Cili boh 1 pek
– Kelapa 4 biji (perah dan ambil santan)
– Gula melaka 1/2 kpg
– Kerisik 3 sb
– Rempah 4 sekawan (untuk tumisan)
– Rempah Cap Bunga Rose
– 7sb rempah gulai
– 1 1/2 sb rempah masak
– Garam gula secukup rasa
– Perasa
Ikan kering digoreng dan dikisar halus (optional)
– Asam keping 5 keping
Kelapa parut kisar 1/2 cawan

Bahan kisar halus:

– Bawang besar 3 biji
– Bawang merah 12 biji
– Halia 1 1/2 inci
– Lengkuas 2 inci
– Kunyit hidup 1/2 inci

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan. Tumis sampai wangi.

2. Kemudian masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak.

3. Seterusnya masukkan bahan kisar halus. Tumis lagi sehingga pecah minyak.

4. Masukkan pula rempah cap bunga rose dan kacau rata sehingga sebati serta pecah minyak.

5. Masukkan juga air rebusan ikan dan biarkan hingga mendidih. Tuangkan pula santan dan dikacau sehingga pecah minyak.

6. Bila kuah dah pecah minyak elok, masukkan isi ikan dan kacau rata.

7. Masukkan gula melaka, asam keping, ikan kering kisar dan kelapa parut kisar.

8. Akhir sekali masukkan kerisik, garam, gula dan perasa secukup rasa.

9. Renehkan selama sekurangnya 1 jam untuk mendapatkan kuah yang cantik dan merah. Siap kuahnya.

laksa kuah merah

Bahan ulam-ulaman:

– Kacang panjang
– Taugeh
– Daun kesom
 – Bunga kantan
– Daun kemangin
– Timun batang

Bahan di atas dipotong halus. Sediakan juga cili hidup kisar jika suka pedas, belacan serta limau nipis jika suka masam. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Muliadi Ramli via Masakan Terengganu

Baca juga: Rahsia Kuah Laksa Yang Kaww, Bau Harum Semerbak & Tak Berbau Hanyir!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN