Anda peminat kuih melayu? Pasti kuih talam seri muka ini juga juadah kegemaran anda. Tapi persoalannya, susah ke buat talam seri muka ini?
Jawapannya, pastilah tidak! Kami hanya bagi anda resipi yang mudah-mudah sahaja sesuai untuk yang mengejar masa.
Jom kita baca resipi lengkap dibawah ini.
Baca juga: Resepi Mee Rebus Daging Dengan 5 Langkah, Sekejap Saja Dah Siap!
RESIPI KUIH TALAM SERI MUKA
BAHAGIAN PULUT (BAWAH)
Bahan-bahan:
- 1 1/4 cawan beras pulut (basuh dan toskan, kali ini saya tak rendam pun)
- 1 1/2 cawan santan sederhana cair
- 1/4 sudu teh garam
- 1 helai daun pandan (carik dan simpulkan)
Cara:
1. Panaskan air kukusan hingga mendidih.
2. Sapu minyak pada loyang saiz 8×8 dan lapik dengan plastik.
3. Masukkan semua bahan dan kukus selama 25-30 minit guna api besar.
4. Setelah siap, buang daun pandan. Biarkan sekejap 5-10 minit.
5. Tekan-tekan pulut supaya padat. Pastikan benar-benar padat.
BAHAGIAN ATAS (LAPISAN PANDAN)
Nota: Sila baca dan fahamkan bahagian ini.
Bahan-bahan:
- 3 cawan santan sederhana pekat (kisar bersama 5-6 helai daun pandan dan secubit jintan manis. Pastikan cukup 3 cawan selepas ditapis)
- 3/4 cawan gula pasir
- 3 biji telur gred A
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar membukit tepung kastard
- 1 cawan tepung gandum + 1 sudu besar tepung gandum (saya guna jenama Baker’s Choice dan Sauh)
- Sedikit pewarna hijau epal
Cara:
1. Satukan semua bahan dan tapis ke dalam periuk.
2. Kacau sebati guna whisk.
3. Masak sekejap atas api perlahan sambil kacau guna whisk hingga naik wap (sekadar periuk rasa panas, jangan lama).
4. Tuang 1 atau 2 senduk adunan atas pulut dan kukus selama 7-10 minit dengan api sederhana perlahan. (JIKA NAK TUANG SEMUA ADUNAN HIJAU TERUS KE ATAS PULUT PUN BOLEH, LAGI MUDAH).
5. Buka tudung kukusan, cucuk-cucukkan garfu semua permukaan hijau dan tuang baki adunan hijau.
6. Teruskan mengukus selama 25-30 minit.
7. Setiap 7-10 minit, buka tudung kukusan, lap bawah tudung dan teruskan mengukus. Ulang hingga siap.
8. Apabila cukup masa, buka tudung kukusan, biarkan terdedah dan teruskan mengukus guna api besar selama 5 minit.
Siap!
Nota: Pastikan serimuka betul-betul sejuk sebelum dipotong guna pisau plastik atau pisau biasa yang dibalut plastik.
Sumber: Mariana Zainal
Baca juga: Resipi Sambal Nasi Lemak, Nak Rasa ‘Lejen’ Kena Guna Bawang Jenis Ini