Kuih talam pandan merupakan salah satu kuih tradisional yang masih digemari oleh orang ramai sehingga sekarang. Rasanya yang berlemak, manis dan lembut pasti membuatkan sesiapa saja teringat-ingat akan kesedapannya.
Kalau beli, harga untuk beberapa potong boleh tahan mahal juga. Apa kata jom cuba buat sendiri saja, baru boleh makan puas-puas! Jika ada yang mahu mencuba, ikuti saja resipi perkongsian oleh Mariana Zainal di bawah.
Baca juga: Kuih Talam Pisang Sukatan Cawan, Lembut Bergedik Ikut Resipi Ini
Bahan-bahan lapisan pulut (bahagian bawah):
Cara-caranya:
1. Panaskan air kukusan sehingga mendidih. Sambil itu, satukan semua bahan-bahan di atas dan gaul rata.
2. Sapu minyak pada loyang bersaiz 8×8 dan lapikkan plastik. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas yang sudah digaul rata ke dalam loyang.
3. Kukus selama 25 hingga 30 minit menggunakan api besar. Bila dah siap, buang daun pandan.
4. Biarkan sekejap selama 5 hingga 10 minit, kemudian tekan-tekan hingga padat. Pastikan benar-benar padat.
Bahan-bahan lapisan atas (bahagian atas):
Cara-caranya:
1. Kisar daun pandan bersama santan dan secubit jintan manis. Pastikan cukup 3 cawan selepas ditapis.
2. Satukan semua bahan-bahan lain bersama daun pandan yang dikisar tadi ke dalam periuk. Kacau sebati menggunakan whisk.
3. Kemudian, masak sekejap atas api perlahan sambil kacau sehingga naik wap. Cukup sekadar periuk dah rasa panas, jangan lama.
4. Tuang 1 atau 2 senduk ke atas pulut. Kukus selama 7 hingga 10 minit menggunakan api sederhana perlahan.
5. Buka tudung kukusan, cucuk-cucuk permukaan hijau guna garfu dan tuang baki adunan hijau. Sambung kukus selama 25 hingga 30 minit.
6. Setiap 7 hingga 10 minit bukan tudung kukusan, lap bawah tudung dan teruskan mengukus. Ulang sehingga siap.
7. Apabila dah cukup masa, buka tudung kukusan dan biarkan terdedah. Teruskan mengukus guna api besar selama 5 minit.
8. Pastikan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong menggunakan pisau plastik. Jika guna pisau biasa, balut pisau dengan plastik sebelum dipotong. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal
Baca juga: Kuih Seri Muka & Talam Durian, Boleh Buat Kalau Stok Durian Banyak Lagi
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…