Kuih qasidah Terengganu merupakan antara kuih tradisional Pantai Timur yang semakin jarang ditemui, namun masih kuat melekat di hati orang lama. Keistimewaan kuih ini terletak pada penggunaan santan, menjadikan rasanya lebih lemak, berkrim dan kaya aroma berbanding kuih qasidah dari negeri lain.
Resipi kuih qasidah Terengganu ini dikongsi oleh Shai Anne Ahemed di Facebook, lengkap dengan teknik tradisional yang mengekalkan rasa asli warisan orang dahulu. Walaupun prosesnya agak lama, hasilnya memang berbaloi dan sangat memuaskan.
Baca juga: Pernah Dengar ‘Kuih Cecemek’? Manisan Warisan Perak Berkuah Santan Yang Sedap Untuk Minum Petang
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Sangai tepung gandum tanpa minyak selama kira-kira 10 minit hingga naik bau wangi. Sejukkan.
2. Campurkan tepung dengan gula, santan, telur, daun pandan dan sedikit garam. Kacau sebati sehingga adunan seakan kuih dadar, kemudian tapis.
3. Masak adunan atas api perlahan sambil dikacau. Adunan akan mula berketul.
4. Masukkan minyak sapi dan teruskan mengacau hingga menjadi doh lembut seperti doh kuih semperit.
5. Kacau lebih kurang 20 minit sehingga doh licin dan mudah dibentuk.
6. Bentukkan doh menggunakan acuan semperit atau ikut kreativiti sendiri.
7. Hias dengan bawang goreng bersama sedikit minyak bawang.
Tips Supaya Kuih Qasidah Terengganu Jadi Cantik & Tak Melekat
Kuih qasidah Terengganu bukan sekadar kuih, tetapi warisan rasa yang membawa kenangan zaman dahulu. Lemak santannya, bau wangi tepung sangai dan rangup bawang goreng menjadikan kuih ini sangat istimewa.
Jika anda rindu kuih lama atau ingin kenalkan juadah tradisional kepada generasi muda, resipi ini memang wajib dicuba.
Selamat mencuba!
Sumber: Shai Anne Ahemed
Baca juga: Kuih Ropa Terengganu Paling Gebu, Kulit Tak Pecah & Mudah Gulung Dengan Resipi Ini
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…
Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…
Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…
Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…
Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…