
Ramai yang cuba buat Kuih Ropa Terengganu tapi kulitnya mudah pecah atau tak menjadi. Jangan risau, kali ini kami kongsikan resipinya yang mudah sangat dibuat di rumah.
Perkongsian cara buat Kuih Ropa Terengganu oleh Nor Haslina Md Nor di Facebook telah menarik perhatian ramai kerana hasil kulitnya lembut dan tak mudah koyak. Jom kita cuba!
Baca juga: Rahsia Kuih Samosa Sedap Luar Biasa, Wajib Letak Bahan ‘Ini’ Semasa Buat!
RESIPI KUIH ROPA TERENGGANU

Bahan-bahan inti:
- 1kg ikan selayang (dibersihkan, direbus dengan sedikit garam kasar dan sekeping asam keping)
- 1 inci halia (dihiris nipis)
- 16 biji bawang merah (hiris nipis)
- 1 sudu besar halba
- 1 cawan santan
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kulit:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 ½ cawan air
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar minyak masak
Cara-cara membuat inti:
1. Setelah ikan direbus, asingkan tulang dan ramas-ramas isi hingga hancur.
2. Masukkan ikan bersama halia, bawang, halba dan santan ke dalam kuali.
3. Masak atas api sederhana sampai kering (kering lembap, bukan kering seperti serunding).
4. Sebelum air kering sepenuhnya, perasakan dengan garam dan gula.
Cara-cara membuat kulit:
1. Satukan semua bahan dalam pengisar.
2. Kisar sampai sebati dan adunan menjadi licin.
3. Panaskan kuali non-stick, oles sedikit minyak jika perlu.
4. Ceduk sesenduk kecil adunan, tuang dan layangkan atas kuali (seperti buat lempeng nipis).
5. Masak sampai permukaan atas kelihatan kering dan kulit mula lekang dari kuali. Tak perlu terbalikkan.
6.Terus angkat dan letakkan atas pinggan, isi dengan inti pilihan dan lipat.
7. Apabila semua siap digulung, boleh digoreng semula dengan sedikit minyak di kuali lain sampai kekuningan.
*Tips: satu adunan ini boleh hasilkan lebih 20 keping Kuih Ropa Terengganu, bergantung pada saiz dan ketebalan yang anda buat.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Haslina Md Nor
Baca juga: Resepi Kuih Ropa Berinti Sedap, Guna Sukatan Ini Pasti Rangupnya Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














