kuih cecemek

Kalau sebut tentang kuih tradisional Perak, mungkin ramai yang biasa dengan kuih bahulu, kuih bakar atau lemang. Tapi pernah dengar tentang Kuih Cecemek sebelum ini?

Kuih Cecemek ialah manisan warisan Perak yang popular di Perak Tengah, terutama Pasir Salak dan Kampung Gajah, terkenal dengan rasa lemak manis berkuah santan yang digemari sejak zaman dahulu.

Kuih ini juga dikenali sebagai kuih lesung batu atau perigi buta. Kalau anda belum pernah cuba Kuih Cecemek, inilah masa sesuai untuk mencuba sendiri di rumah!

Baca juga: Kuih Limas Perak Paling Asli, Nak Hasil Lembut Bergedik Pakai Resipi Ini

RESIPI KUIH CECEMEK

kuih cecemek

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan lebih sedikit santan (boleh tambah jika doh keras)
  • Gula secukupnya
  • Santan pekat dicampur sedikit garam (untuk kuah)
  • Minyak untuk sapu daun pisang

*Pilihan: Pandan paste atau pewarna hijau untuk versi pandan

*Tip: Jika doh terlalu lembik, tambah tepung pulut sedikit. Jika doh keras, tambah santan sedikit demi sedikit.

Cara-cara penyediaan:

1. Campur tepung pulut dengan santan, uli hingga doh lembut dan tidak melekat di tangan.

2. Ambil sedikit doh, bulatkan, kemudian tekan sedikit di tengah untuk buat lubang seperti lesung.

3. Lapik loyang dengan daun pisang dan sapu sedikit minyak supaya kuih tidak melekat.

4. Masukkan gula ke dalam lubang tengah doh dan sekeliling kuih.

5. Letakkan santan pekat yang dicampur garam. Kuah boleh banyak atau sedikit ikut selera.

6. Kukus selama 10 minit. Jangan terlalu lama supaya kuih tidak pecah dan kuah santan tetap cantik.

7. Masukkan pewarna hijau dan pasta pandan atau blender daun pandan untuk aroma lebih wangi.

Tips Rahsia Kuih Cecemek

  • Kuih cecemek paling sedap dimakan berkuah santan.
  • Kukus pada api sederhana untuk elak kuih pecah.
  • Sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut atau minum petang.

Kuih cecemek adalah manisan tradisional Perak yang unik. Dengan bentuknya yang cantik dan rasa lemak manis, ia pasti membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak di kampung.

Selamat mencuba!

Sumber: Zuraini Alias

Baca juga: Cara Buat Kuih Sekaya Telur Pantai Timur, Lemak Manis & Sukar Ditemui Selain Bulan Puasa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN