Categories: Infomasi

Kuih Penyaram Perisa Pandan Horlicks, Nampak Unik Dan Sedap!

Pernah cuba kuih penyaram perisa pandan horlick? Memang nampak unik dan cantik warnanya dari jauh. Teringat masa kecil-kecil dulu selalu beli kuih penyaram ini di pasar malam.

Kuih ini memang ada pelbagai nama. Ada yang panggil kuih penyaram, kuih topi ataupun cucur jawa.

Baca juga: Jemu Dengan Kuih Jawa Yang Biasa, Wanita Ini Kongsi Resipi Kuih Jawa Red Velvet

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Ezraa Laa menerusi laman Facebook. Nampak mudah dan boleh dibuat sesiapa sahaja.

Tapi kalau silap bancuh dan silap cara goreng, memang tak menjadi. Jadi memang kena ikut betul-betul resipi yang dikongsikan ini.


RESIPI KUIH PENYARAM PERISA PANDAN HORLICK

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan horlick
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu pes pandan

Cara penyediaan:

1. Campurkan kesemua bahan sehingga bercampur rata dan sebati. Gaul menggunakan hand whisk atau senduk.

2. Pastikan adunan betul-betul digaul sebati. Kemudian, perap kira-kira 4 jam. Tak perap pun tak apa, boleh terus goreng.

3. Kalau perap lama, makin cantik topi kuih penyaram ini.

Cara-cara mengoreng:

1. Gunakan kuali melengkung.

2. Minyak jangan terlalu sedikit, jangan terlalu banyak. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah masukkan adunan.

3. Gunakan api perlahan, dari awal menggoreng sehingga siap.


Mudah je kan! Senang nak faham resipi yang dikongsikan ini. Kalau tak dapat buat sekarang, simpan dahulu supaya senang untuk korang rujuk nanti~

Selamat mencuba.

Baca juga: Kuih Koci Labu Sukatan Cawan Cara Dulu Dulu, Sedap Rasa Lemak Manis Intinya

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago