puteri ayu red velvet

Biasanya apam puteri ayu berperisa pandan, namun kali ini anda boleh cuba resipi puteri ayu red velvet cheese ini pula.

Dengan kombinasi warna merah yang menarik dan cream cheese yang lembut, puteri ayu versi ini terasa lebih istimewa.

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Puan Syafikah di bawah.

Baca juga: Resipi Kuih Bakar Pandan Legend, Tekstur Lembut & Permukaan Atas Garing Elok

RESEPI KUIH PUTERI AYU RED VELVET CHEESE

puteri ayu red velvet

Bahan-bahan A (cheese filling):

  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan gula (100g)
  • 1 biji telur (gred A atau B)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar susu segar (full cream)

Bahan-bahan B (red velvet):

  • 1 3/4 cawan (250g) tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan susu segar + 1 sudu kecil cuka makanan
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula castor (100g)
  • 1 sudu kecil ovelette
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna makanan merah secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan A kecuali tepung ke dalam mixer, pukul sehingga sebati dan gebu. Masukkan tepung dan kacau rata. Ketepikan.
  2. Campurkan susu segar dengan cuka, kacau dan biarkan selama 5 minit. Ketepikan.
  3. Masukkan telur, gula, soda bikarbonat dan esen vanila ke dalam mixer, pukul sehingga putih dan gebu. Masukkan pula susu yang telah dicampur cuka tadi, kacau rata.
  4. Masukkan tepung dan serbuk koko, mixer sehingga sebati. Akhir sekali, tambahkan pewarna merah dan gaul rata.
  5. Sapu sedikit minyak pada bekas kukusan. Masukkan sedikit adunan cheese di dasar, kukus selama 5 minit. Kemudian, tuang adunan kek hingga penuh. Kukus selama 10–15 minit sehingga masak.
  6. Resipi ini menghasilkan kira-kira 30–40 biji puteri ayu cheese, gebu, lembut dan berwarna merah yang cantik.

Sumber: Nurul Syafikah

Baca juga: Resipi Talam Sri Nona Lembut, Manis & Berlapis Cantik, Kuih Legend Yang Ramai Tak Tahu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN