kuih lopes gula melakaDatang hari yang teringin sangat kuih-muih Melayu terutama sekali kuih lopes gula melaka. Tapi, masalahnya adalah untuk mencari yang kena dengan selera memang susah.

Entri hari ini kami bawakan resipi kuih lopes gula melaka yang sangat senang dan sangat sesuai untuk mereka yang baru berjinak dalam dunia masakan.

Jom baca resipi oleh Cik Puan Zura Zul di bawah ini.

Baca juga: Kuih Lapis Pelangi Warna Warni, Sesuai Buat Hidangan Minum Petang Satu Keluarga

RESIPI KUIH LOPES GULA MELAKA

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit garam
  • Sedikit air kapur (pilihan)
  • Pewarna hijau
  • Kelapa parut putih + sedikit garam (untuk salutan)

Cara-Cara:

1. Cuci dan rendam beras pulut selama lebih kurang 1 jam bersama pewarna hijau dan air kapur jika digunakan.

2. Kisar daun pandan dengan 1/2 cawan air dan tapis airnya.

3. Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang. Tuangkan santan, air pandan, dan sedikit garam ke dalam loyang bersama pulut. Tambahkan pewarna hijau untuk warna yang lebih menarik jika mahu.

4. Kukus pulut selama 40-50 minit hingga masak.

5. Untuk variasi, boleh juga kukus pulut separuh masak, bungkus dalam daun pisang, dan kukus semula hingga masak.

6. Setelah sejuk, potong pulut mengikut bentuk yang disukai dan golekkan dalam kelapa parut.

Air Gula Melaka:

  • 1 1/2 ketul gula melaka
  • 1 cawan air
  • 3 helai daun pandan (disimpulkan)
  • Sedikit garam

Cara-Cara:

1. Masak gula melaka, air, daun pandan, dan garam hingga larut dan likat. Kemudian tapis.

2. Kuih Lopes sedia untuk dihidangkan bersama air gula melaka.

Sumber: Resepi Pembuka Selera, Zura Zul

Baca juga: Kuih Cara Manis Versi Jagung, Lembut Dan Lemak Manis Tetap Rasa Klasik

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN