Categories: Resipi

Kuih Lompat Tikam Versi Kelantan, Rasa Lemak Manis Yang Cukup Nikmat!

Sewaktu bulan Ramadan, ramai yang tak lepaskan peluang untuk buat kuih yang sedap sebagai pencuci mulut dan salah satunya ialah kuih Lompat Tikam Kelantan.

Kuih Lompat Tikam biasanya disajikan dalam bentuk lapisan yang berlapis-lapis, di mana lapisan hijau akan “melompat” atau menutup lapisan putih.

Siti Mariam Ismail telah kongsikan cara buat kuih Lompat Tikam Kelantan di Facebook yang sungguh lazat. Tengok saja pun, boleh terliur dibuatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Terang-Benderang, Ikut Langkah-Langkah Ini, Baru Jadi!

RESIPI KUIH LOMPAT TIKAM KELANTAN

Bahan-bahan lapisan hijau:

  • 2 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1 cawan air pandan atau pewarna hijau
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil air kapur

Bahan-bahan lapisan putih:

  • 1 senduk tepung beras
  • 2 cawan santan
  • ½ cawan air
  • ½ sudu kecil garam

Bahan-bahan pulut merah:

  • 1 cawan pulut (direndam 1 jam)
  • ½ cawan air
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • Pewarna merah

Bahan-bahan air gula:

  • 2 keping gula nisan atau gula Melaka
  • 4 sudu besar gula
  • 1 cawan air

Cara-cara menyediakan lapisan hijau:

1. Gaul rata lapisan hijau dalam mangkuk, kemudian tapis.

*Guna senduk kayu dan angkat tinggi, jika mengalir laju dan tak melekat pada senduk, bermakna kecairannya sudah elok.

2. Masak dan kacau tanpa berhenti sampai adunan menggelegak dan pekat.

3. Kecilkan api dan tutup periuk, kemudian biarkan selama 5 minit dan buka periuk, kemudian kacau semula.

4. Ulang langkah 3 sampai adunan berkilat serta mengelembung.

5. Tutup api dan masuk ke dalam bekas, kemudian sejukkan dalam 3 jam supaya adunan menjadi keras dan mudah dipotong.

Cara-cara menyediakan lapisan putih:

1. Campurkan tepung beras, santan, air dan garam sampai sebati.

2. Masak sampai mendidih selama 10 hingga 15 minit atas api sederhana.

Cara-cara menyediakan pulut merah:

1. Panaskan periuk pengukus.

2. Kukus beras pulut selama 10 hingga 15 minit sampai naik wap.

3. Tutup api dan angkat, kemudian masukkan ke dalam mangkuk.

4. Tuangkan air yang dicampur garam dan gula.

5. Kukus semula dalam 10 minit sampai naik wap, angkat dan sejukkan.

Cara-cara menyediakan air gula:

1. Masak gula nisan atau gula Melaka sampai hancur.

2. Kemudian, sejukkan sebentar.

Cara menghidang kuih Lompat Tikam Kelantan ini cukup mudah dengan memotong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.

Kemudian, masukkan sedikit pulut merah dan sendukkan lapisan putih di atasnya. Setelah itu, tuang gula Melaka dan boleh makan dengan sepuasnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Mariam Ismail

Baca juga: Kuih Apam Puri Inti Kastard, Setiap Gigitan Rasa Lembut Berkrim Yang Puas!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago