kuih lapis pelangi

Pelbagai kuih tradisional yang ada di Malaysia, tapi ramai tertarik untuk makan Kuih Lapis Pelangi jika dihidangkan di depan mata.

Kuih Lapis merupakan sejenis kuih berasal dari Malaysia yang terdiri daripada beberapa lapisan dan boleh didapati dalam pelbagai warna.

Kuih ini cukup popular dan sering disediakan untuk hidangan minum petang. Pada asalnya, ia dibuat dalam warna putih dan merah yang merupakan identiti bendera Malaysia.

Semakin lama, orang semakin kreatif dalam membuat resepi kuih tradisional sehingga terhasilnya Kuih Lapis Pelangi yang sungguh menarik kejadiannya.

Resipi Kuih Lapis Pelangi yang dikongsikan oleh Zura Zul di Facebook ini begitu cantik sampaikan ramai tertarik untuk membuatnya sendiri di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Talam Cendol Lemak Cukup Rasa, Hasil Terbentuk Cantik Selepas Kukus

RESIPI KUIH LAPIS PELANGI

kuih lapis pelangi

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula (boleh kurangkan)
  • 1 kotak santan kara 200ml
  • 4 cawan air
  • Sedikit garam
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan semua bahan kecuali pewarna dan kacau-kacau sampai sebati, kemudian tapiskan.

2. Selepas itu, bahagikan kepada beberapa bekas dan letak pewarna.

3. Kemudian, sapu sedikit minyak pada loyang saiz 8×8 dan alas dengan plastik.

4. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Tuang lapis pertama dan kukus selama 5 hingga 7 minit. Tuang pula lapisan kedua dan kukus selama 5 hingga 7 minit dan seterusnya.

5. Akhir sekali, kukus lapisan terakhir selama 15 hingga 20 minit, kemudian sejukkan dulu barulah boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

kuih lapis pelangi

Walaupun rupa Kuih Lapis Pelangi ini nampak cantik yang luar biasa, namun resepinya masih sama seperti buat kuih lapis biasa.

Rasanya cukup lemak manis serta teksturnya yang lembut halus menjadikan ia bukan saja digemari oleh kanak-kanak, malah orang dewasa juga sukakannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Zura Zul

Baca juga: Kuih Apam Mekar Anti Gagal, Ini Rahsia Jadikan Hasil Kembang Cantik!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN