Categories: Resipi

Kuih Labu Cina (Nan Gua Bing) Cara SIMPLE, Antara Kuih Tradisional Cina Yang Popular

Nan Gua Bing, atau Kuih Labu Cina, merupakan salah satu pilihan kuih tradisional yang sangat popular di kalangan masyarakat Cina. Biasanya, ia disediakan semasa cuti atau musim perayaan. Kuih ini menjadi pilihan utama untuk disajikan di meja makan.

Ia dikenali dengan kulit yang lembut daripada tepung pulut dan labu, dengan inti kacang merah atau telur masin. Tekstur luarnya yang rangup kontra dengan kelembutan di dalam, memberikan cita rasa yang unik dan memuaskan.

Baca juga: Cara Buat Kuih Pulut Merah Cina Tanpa Acuan, Cantik Berkilat Ikut Resipi Ini

Ditambah pula dengan lapisan biji bijan yang rangup, kuih ini pasti memikat selera. Mari ikuti resipi kuih tradisional Cina ini dari perkongsian Cik Puan Shahmila Radha dari laman Facebook. 

RESIPI KUIH LABU CINA (NAN GUA BING)

Bahan-bahan untuk doh:

  • Labu (rebus dan lenyekkan sehingga kira-kira 2/3 daripada satu besar senduk)
  • Tepung Pulut (2 senduk)
  • Gula icing/gula pasir (1 sudu besar)

Pilihan inti:

Inti yang boleh digunakan termasuklah kacang merah, telur masin, dan daun pandan. Namun, inti kacang merah merupakan pilihan yang paling lazim.

Cara penyediaan doh:

1. Gaul semua bahan doh sehingga sebati. Pastikan untuk tidak menggunakan air. Untuk mendapatkan rasa labu yang lebih ketara, kurangkan sedikit tepung pulut. Tetapi, jika anda menginginkan kuih yang lebih keras, tambahkan lebih banyak tepung pulut. Untuk penampilan yang lebih menarik, anda juga boleh menambahkan sedikit pewarna kuning telur.

2. Selepas digaul rata, doh akan menjadi seumpama ini. Pastikan konsistensinya memenuhi citarasa anda.

3. Inti kacang merah yang ready made, boleh dibentuk bulat-bulat seperti yang terlihat dalam gambar. Pastikan untuk letak sedikit tepung di atas tangan anda untuk mengelakkan doh melekat. Mulakan dengan meratakan doh, kemudian letakkan inti di tengahnya.

4. Balut inti dengan doh dan pastikan inti tidak terkeluar. Inti kacang merah memudahkan proses pembentukan kerana ia tidak mudah meleleh.

5. Selepas dibulatkan, ratakan semula doh. Jangan bimbang jika doh kelihatan agak lembut, ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri khas kuih ini. Proses pemadatan akan memastikan kuih masak secara serata dan inti di dalamnya akan meleleh.

6. Selepas itu, roll kuih dalam biji bijan untuk hiasan luar.

7. Kuih ini boleh digoreng dalam minyak yang banyak atau sedikit. Jika anda ingin mengurangkan penggunaan minyak, anda boleh menggunakan penggorengan tanpa lekit dan menggoreng seperti biasa. Pastikan api adalah sederhana, tidak terlalu kuat kerana kuih ini mudah hangus. Angkat kuih dari minyak apabila ia telah berwarna keemasan.

8. Selepas digoreng, toskan minyak dengan baik sebelum menghidangkannya di dalam pinggan. 

Selamat mencuba dan selamat menyambut Tahun Baru Cina buat semua penganut agama Buddha di Malaysia.

Sumber: Shahmila Radha

Baca juga: 7 Snek Tahun Baru Cina Yang Popular, Anda Pun Boleh Cuba

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

3 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

3 days ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

3 days ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

3 days ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

3 days ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

3 days ago