Bagi orang Kelantan, pastinya amat merindui Kuih Kuba Guling jika balik ke kampung halaman. Kuih ini memang cukup terkenal di Kelantan dan juga selatan Thailand. Jika di Selatan Thailand, ia dikenali sebagai kuih hitam.
Baca juga: Kuih Seri Muka Nyonya, Resipi ‘Gerenti’ JADI Dan Sedap!
Namun jika di daerah Rantau Panjang ianya dikenali sebagai kuba guling. Nama Kuba Guling ini diambil daripada warna kuih ini yang hitam seperti kerbau dan berguling guling di dalam kelapa sebelum dihidangkan. Jadi dari situlah munculnya nama kuba guling.
Namun usah bimbang, walaupun namanya agak pelik, rasanya memang enak untuk dicuba. Ikuti resipi dari perkongsian Ummu Aisyah ini.
RESIPI KUIH KUBA GULING
Bahan-bahan:
- 250gm tepung beras
- 200gm gula
- 150gm tepung jagung
- 1/2 sudu makan kapur
- 3 sudu tepung beras pulut
- 1/2 cawan santan pekat
- Tempurung bakar (ambil air hitam sahaja dan tapis) pastikan tempurung yang bersih
- 1.5 liter air (tengok kepekatan)
- Secubit garam
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan atas dalam kuali.
2. Kacau biar sebati dahulu baru buka api.
3. Selepas semua sebati pastikan kacau dan buka api yg sederhana. Kacau-kacau sehingga ia likat.
4. Sediakan loyang saiz 8, sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap tadi.
5. Bila dah sejuk potong dan gulingkan ia dalam kelapa parut muda yang digaul sedikit garam. Sudah siap.
6. Tempurung bakar pastikan tumbuk & dan letak air tapis dgn kain. Optional boleh beli serbuk arang di kedai bakeri.
Selamat mencuba resipi kuih hitam yang viral ini.
Sumber: Ummu Aisyah
Baca juga: Kuih Lompang Labu Kuning Sukatan Cawan, Lembut Bergedik Dibuatnya