Kuih Denderam atau Peneram, merupakan antara kuih tradisional yang disukai oleh ramai. Bahan-bahannya cukup mudah diperolehi, hanya menggunakan tiga jenis bahan sahaja.
Namun, untuk menghasilkan kuih ini dengan konsistensi yang betul, teknik yang sesuai diperlukan. Jika tidak, kuih tersebut mungkin akan menjadi keras dan kurang sedap rasanya.
Baca juga: Resipi Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah, Rasa Kenyal-Kenyal Lemak Memang Sedap!
Ikuti resipi mudah kuih peneram yang dikongsikan oleh Dyla Roslan ini sebagai panduan.
RESIPI KUIH DENDERAM YANG MUDAH, TINGGAL GORENG TERUS
Bahan-Bahan:
- 500 gram tepung beras teratai (satu pek)
- 400 gram gula merah
- 240 gram air
Cara Membuat:
- Masak gula merah bersama air dan kacau sehingga larut.
- Letakkan tepung beras di dalam mangkuk.
- Masukkan air gula yang dimasak tadi (panas-panas) ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Pastikan untuk menyaring air gula semasa menuang.
- Gaul rata semua bahan.
- Biarkan adunan selama 5 minit untuk sejuk (jika menggunakan cara saya, boleh terus digoreng).
- Sebelum menguli, sapukan minyak pada permukaan meja dan cetak menggunakan acuan donut yang mini.
- Pastikan minyak dipanaskan dengan baik untuk memastikan kuih berkembang semasa digoreng.
- Goreng dengan api sederhana.
- Kuih siap untuk dinikmati, lebih sedap jika dimakan dalam keadaan panas.
Pertama kali, kuih mungkin kelihatan keras, tetapi tunggu beberapa jam, ia akan menjadi lembut dan gebu. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Kuih Lopes Gula Melaka Paling Sedap, Hanya Guna Sukatan Cawan Saja
Sumber: Dyla Roslan