kuih dangai kukus

Ada ketikanya kita nakkan sesuatu yang manis untuk dikunyah. Takkanlah setiap hari makan kek atau puding saja, sekali-sekala mesti nak juga makan Kuih Dangai Kukus.

Kuih Dangai sangat popular di negeri bahagian utara Semenanjung Malaysia. Oleh sebab ia agak susah dijumpai, ramai yang teringin cuba buat sendiri di rumah.

Secara asasnya Kuih Dangai dihasilkan berasaskan bahan utama iaitu kelapa parut dan dibakar menggunakan acuan berbentuk panjang.

Jarang kita lihat Kuih Dangai yang dibuat menggunakan kaedah kukus, tapi resipi yang dikongsikan oleh Nor Haslinda di Facebook ini cukup menarik untuk dicuba.

Dengan hanya menggunakan 4 bahan ringkas dan langkah mudah, anda sudah boleh membuat Kuih Dangai Kukus yang sedap di rumah. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Kuih Nagasari Paling Mudah, Lembut Dan Kenyal Bila Makan

RESIPI KUIH DANGAI KUKUS

kuih dangai kukus

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Gaul sebati kelapa parut, tepung pulut dan garam.

2. Sediakan acuan lompang, tak perlu oles minyak.

3. Isi penuh acuan dengan adunan kelapa. Jangan tekan dan tidak perlu buat lubang.

4. Kemudian letak gula merah atau gula Melaka. Jika nak sedap, letak gula lebih sedikit.

5. Sediakan tempat kukus, pastikan air betul-betul mendidih, kemudian baru susun dangai dan kukus selama 15 minit. Siap!

Kuih Dangai Kukus ini mempunyai rasa yang cukup lemak manis dan lembut teksturnya. Keenakannya sangat berbeza berbanding kuih tradisional yang lain.

kuih dangai kukus

Jika nakkan kuih ini lebih beraroma, anda hanya perlu masukkan beberapa helai daun pandan ke dalam air kukusan.

Sekali-sekala rajinkan diri di dapur apa salahnya. Jika mempunyai masa lapang di rumah, bolehlah anda cuba buat nanti.

Kuih seperti ini cukup sesuai dijadikan sebagai hidangan sarapan dan minum petang di rumah. Makan sekali pasti berulang punyalah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Haslinda

Baca juga: Kuih Puteri Ayu Anti Gagal, Elak Langkah ‘Ini’ Supaya Tak Bantat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN