kuih dangai gula hijau

Kuih Dangai Gula Hijau Bakar ini merupakan salah satu kuih yang popular bagi di negeri utara dan hanya menggunakan enam bahan sahaja untuk menyiapkannya.

Bahan asas dalam kuih ini adalah kelapa parut. Tekstur kuihnya agak sedikit kenyal atau ‘chewy’ kerana ia mengandungi tepung pulut.

Baca juga: Kuih Kuba Guling Cara SIMPLE, Antara Kuih Tradisional Kelantan Yang Popular

Bau aroma kelapa yang dibakar memberikan keistimewaan tersendiri kepada kuih dangai selain rasa lemak santan. Selalunya, kuih ini dimasak menggunakan loyang khas.

Namun, jika anda tidak mempunyai loyang khas kuih dangai, anda juga boleh menggunakan loyang tin kek biasa. Ikuti resipi penuh membuat kuih tradisional ini dari perkongsian Rozita Daud. 


RESIPI KUIH DANGAI GULA HIJAU BAKAR

Selalunya kuih ini dihidangkan semasa minum petang. Tambahan pula, jika ia dihidang bersama kopi o panas, anda pasti akan menyukainya.

kuih dangai gula hijau

Bahan-bahan:

  • 3 cawan kelapa parut
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/4 cawan gula pasir
  • Sedikit garam
  • 2 sudu kecil gula pasir – untuk warna kuih
  • Pewarna hijau – untuk warna kuih

Cara-cara penyediaan: 

1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan.

2. Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa.

3. Perasakan dengan garam dan gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.

4. Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.

5. Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.

6. Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula dan pewarna hijau.

7. Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastikan penuh dan rata, ianya tidak perlu ditekan.

8. Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.

kuih dangai gula hijau


Mudah bukan? Hanya menggunakan 4 bahan sahaja, terus menjadi satu jenis kuih yang sangat sedap dan nak makan lagi. Cuba sahaja di rumah anda dan boleh menikmati di waktu petang bersama teh panas.

Selamat mencuba.

Sumber: Rozita Daud

Baca juga: Kuih Lepat Liat Cara MUDAH, Hanya Guna Sukatan Cawan Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN