Categories: Resipi

Cara Buat Cucur Badak Yang Gebu, Garing Di Luar & Lembut Di Dalam, Dah Sejuk Pun Tak Liat!

Kalau sebut kuih cucur badak, mesti ramai terbayang rasanya yang lembut, isi dalamnya pedas manis berempah, lemak beraroma kelapa dan udang kering. Memang padu habis!

Kuih ini bukan saja sesuai untuk minum petang, tapi juga boleh dibuat jual sebab ramai suka. Jom tengok resepi penuh kuih cucur badak yang gebu, sedap dan tak liat walaupun dah sejuk.

Baca juga: Resipi Kuih Lepat Pisang Bersantan, Wangi Daun & Rasa Lemak Manis Memang Tak Cukup Satu!

RESEPI KUIH CUCUR BADAK

Bahan-Bahan Inti:

  • 2 cawan kelapa parut putih (RM2)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 genggam udang kering*
  • Sedikit ikan bilis (optional – nak bagi rasa lebih manis)*
  • ½ inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 5 tangkai cili kering (dibuang biji – ikut tahap kepedasan)*
  • 4 tangkai cili api*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 3 sudu besar gula (atau ikut cita rasa)
  • Garam secukupnya
  • Sedikit air untuk kisar bahan bertanda *
  • Minyak untuk menumis

Cara Membuat Inti:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*).
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga naik minyak (jangan sampai terlalu kering).
  3. Bila dah naik minyak, masukkan sedikit air (guna air masak pun boleh).
  4. Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula. Gaul rata.
  5. Akhir sekali, masukkan kelapa parut putih. Kacau hingga sebati dan sedikit ringan, tapi jangan sampai kering. Sentiasa kacau supaya tak hangus, gunakan api perlahan.
  6. Tutup api dan biarkan inti sejuk sepenuhnya sebelum digunakan.

Tips Inti:

  • Kalau rajin, sangai atau goreng tanpa minyak dulu jintan manis dan tumbuk sedikit sebelum kisar (tapi kalau nak cepat, terus kisar pun boleh).
  • Serbuk kunyit boleh diganti dengan kunyit hidup, kisar sekali bersama bahan lain.
  • Sentiasa kacau supaya inti tak hangus atau berkerak.
  • Pastikan inti masak hingga ringan tapi masih lembap.
  • Nak bagi lebih wangi, boleh tambah sedikit daun kunyit hiris halus.
  • Inti cucur badak yang sedap mesti cukup rasa manis, pedas dan masin.
  • Pastikan inti betul-betul sejuk sebelum mula membentuk doh.
  • Kalau ada inti lebih, boleh makan dengan nasi atau jadikan inti ikan sumbat. Sedap betul!

Bahan-Bahan Doh:

  • 3 biji keledek oren (saiz sederhana – dikupas dan dipotong kecil)
  • 8 sudu besar tepung gandum (tambah sedikit jika doh lembik)
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu besar marjerin
  • Air secukupnya untuk merebus keledek

Untuk adunan ini boleh dapat lebih kurang 18–20 biji doh.

Cara Membuat Doh & Menggoreng:

  1. Didihkan air dalam periuk (pastikan paras air tenggelam keledek).
  2. Masukkan keledek dan 2 sudu kecil garam.
  3. Rebus hingga lembut dalam 15–20 minit. Cucuk dengan garfu untuk pastikan dah empuk.
  4. Toskan air dan segera lecek keledek semasa masih panas. Kalau kurang garam, boleh tambah sedikit.
  5. Bila dah hancur, biarkan sejuk dulu supaya doh nanti tak jadi liat.
  6. Bila dah sejuk, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga boleh dibentuk (jangan terlalu lembik atau terlalu keras).
  7. Tambahkan marjerin dan uli hingga doh lembut dan sebati.
  8. Bentukkan doh kecil-kecil (boleh timbang kalau nak saiz sama, tapi agak-agak pun boleh).
  9. Ambil sebiji doh, tekan bentuk mangkuk kecil (jangan terlalu nipis).
  10. Masukkan inti dan padatkan sedikit. Tutup semula dan bentukkan bulat leper.
  11. Panaskan minyak (api kecil sederhana). Goreng hingga keperangan, bila nampak garing, baru terbalikkan.
  12. Angkat dan toskan bila dah garing dua-dua belah.

Tips Doh & Menggoreng:

  • Boleh guna keledek kuning juga, tapi teksturnya lebih kasar dan berserat. Keledek oren lebih halus dan manis.
  • Lecek keledek masa masih panas, tapi jangan campur tepung masa panas, nanti cucur badak jadi liat dan keras.
  • Tepung jangan terlalu banyak, cukup sekadar doh tak melekat di tangan.
  • Marjerin membantu doh jadi lebih lemak dan lembut.
  • Kalau doh melekat, sapu sedikit minyak di tangan.
  • Pastikan doh tak terlalu nipis masa masukkan inti supaya tak koyak masa goreng.
  • Tutup doh betul-betul supaya inti tak terkeluar semasa menggoreng.
  • Guna api kecil dan minyak sederhana panas, kalau terlalu panas, luar cepat hangus tapi dalam tak masak.
  • Bila betul ikut cara ni, hasilnya memang cun: cucur badak garing di luar, lembut di dalam dan inti wangi padu!

Sumber: Ezzan Haqis

Baca juga: Cara Buat Kuih Kaswi Yang Lembut Bergedik, Ikut Sukatan Macam Ini Confirm Menjadi!

Wan N

Recent Posts

5 Bahan Dapur Hilangkan Kesan Kunyit Pada Jari & Kuali

Masalah jari dan kuku bertukar warna kuning selepas menumbuk sambal, mengupas kunyit hidup, atau memerap…

9 hours ago

Rare, Medium Atau Well Done? Ini Cara Masak Steak Ikut Tahap Doneness Pilihan

Cara masak beef steak yang juicy di tengah atau lebih masak dan garing di bahagian…

11 hours ago

Resipi Mihun Goreng Ikan Bilis Tanpa Guna Sos, Ringkas Begini Pun Dah Menyelerakan!

Kalau suka mihun goreng ikan bilis yang rasanya ringkas dan tak terlalu banyak sos, resipi…

12 hours ago

Tak Perlu Mesin! Aiskrim Coklat Krim Ini Mudah Dibuat, Tekstur Creamy & Cair Dalam Mulut

Aiskrim coklat krim ini sesuai untuk anda yang menggemari pencuci mulut yang manis, lembut dan…

13 hours ago

Jerebu Makin Teruk? Ini 10 Makanan & Minuman Yang Boleh Diamalkan Untuk Bantu Jaga Kesihatan

Kalau anda tertanya-tanya tentang jerebu hari ini, keadaan udara yang kurang baik membuatkan ramai mula…

13 hours ago

Makan Telur Separuh Masak Setiap Pagi, Wanita Ini Kongsi Apa Berlaku Pada Suami Selepas 3 Minggu

Makan telur separuh masak setiap pagi selama tiga minggu menjadi rutin seorang lelaki selepas isterinya,…

14 hours ago