kuih bingka pandan

Kuih Bingka Pandan ini memang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Sedap, lembut dan beraroma, Kuih tradisional Melayu ini selalunya akan dihidangkan di acara rasmi, perkahwinan, pesta dan banyak lagi.

Baca juga: Kuih Pulut Bangkok Cara MUDAH, Memang Sedap Guna Pisang Nangka

Tetapi tidak ramai yang berani membuat sendiri bingka pandan kerana merasakan prosesnya yang agak renyah. Rasanya sekarang, semua boleh masak dengan resipi Air Fryer yang dikongsikan oleh Cik Puan Eniza M. Salim ini. Memang jimat masa guna cara yang moden dan hasilnya tetap sama.

Mari lihat cara-cara penyediaannya. 


RESIPI KUIH BINGKA PANDAN GUNA AIR FRYER

Mudah dengan air fryer. Memang selalu buat guna resepi ini. Sedap, lembut dan semerbak bau pandan.

kuih bingka pandan

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan di atas kecuali bijan.

2. Masak sekejap di atas dapur dengan api perlahan.

3. Bila agak likat dan tidak berketul, angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan butter, tuang adunan kemudian tabur bijan. 

4. Bakar dalam Air Fryer dengan suhu 160C, selama 20 minit.

5. Apabila dh masak boleh cucuk dgn lidi sate. Kalau tak ada kesan pada lidi bermakna kuih bingka sudah masak.

6. Tambah laig 5 minit pada suhu 180C untuk garingkan atasnya. Siap!

Nota tambahan:

  • Suhu bergantung pada Air Fryer masing-masing. Kalau kurang masak, tambah lagi masa. Saya guna saiz loyang 6′.
  • Gula 3/4 cawan dah cukup manis bagi saya yang suka kurang manis. Terpulang pada citarasa dan selera masing-masing.

Selamat mencuba resipi kuih bingka pandan menggunakan Air Fryer ini.

Baca juga: 3 Jenis Kuih Banjar Yang Boleh Dicuba, Mempunyai Keunikan Rasa Tersendiri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN