Jom cuba buat Kuih Bengkang Tepung Beras. Hanya bakar dalam Air Fryer je, memang menjadi. Kalau yang tidak tahu, kuih ini adalah kuih tradisional yang sering menjadi idaman ramai, terutama sekali buat penggemar sajian melayu lama ini.
Baca juga: Kuih Talam Pisang Sukatan Cawan, Lembut Bergedik Ikut Resipi Ini
Pada zaman dahulu, proses untuk membuat kuih bengkang atau kuih bingka ini mengambil masa yang agak lama kerana terpaksa membakarnya menggunakan sabut kelapa.
Namun pada zaman serba teknologi ini, kuih bengkang boleh siap dalam masa setengah jam sahaja! Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati dan yang paling menarik, hanya menggunakan 5 bahan sahaja.
Nak beli di luar pun macam dah susah nak jumpa kuih bengkang ini, buat sahaja dirumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Eniza M. Salim dari Facebook ini.
RESIPI KUIH BENGKANG TEPUNG BERAS
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung beras
- 3 sudu besar tepung jagung
- 3 1/2 cawan santan (saya guna 1 kotak santan kara utk jadi kan 3 1/2 santan+ campur air)
- 1/2 cwn gula pasir( saya guna gula perang)
- 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara penyediaan:
1. Campur semua bahan di atas. Masak atas api sampai likat, sambil kacau dalam api yang perlahan.
2. Sapu loyang dgn minyak/ butter dan tuang adunan dalam loyang.
3. Bakar guna Air Fryer dengan suhu 180C kira-kira 30 minit.
4. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Kuih Bingka Ubi Kayu Guna Air Fryer, Pakai 5 Bahan Je Guna Resipi Ini