kuih apam susu

Kuih Apam Susu merupakan pilihan minum petang yang sangat popular di Malaysia, terutamanya jika disajikan bersama kopi panas. Gabungan rasa pahit kopi dan kelembutan apam pasti akan menarik minat banyak orang.

Apam biasanya boleh ditemui di gerai-gerai di sekitar kita, dan terdapat pelbagai jenis seperti apam beras, apam eno, dan apam susu.

Baca juga: Kuih Lompat Tikam Cara Mudah, Sedap Rasa Berlemak Manis

Kali ini, MyResipi kongsikan cara buat apam susu gebu yang pastinya sedap dan berlemak. Resipi ini memberikan variasi dalam rasa dengan kelebihan keemanisan.

Bahan-bahan untuk menyediakan apam susu gebu ini mudah didapati, termasuk telur, susu pekat manis, dan esen vanilla. Anda juga boleh menghias apam susu ini dengan warna pilihan anda untuk memberikan sentuhan peribadi.

RESIPI KUIH APAM SUSU

Konon-konon tak mahu guna acuan besar. Malas nak guna acuan besar sebab susah nak memotong bila nak dimakan. Guna sahaja acuan kecil. Mudah nak makan sebiji-sebiji. Tiba-tiba, bila dah kukus, sekali naik mengembang macam-macam bentuk. Macam telur angsa pun ada.

kuih apam susu

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Kisar telur, susu, gula, esen vanilla, dan ovelatte sehingga adunan kembang (sekitar 5 minit).

2. Masukkan campuran ke dalam bekas dan tambahkan tepung.

3. Gaul sebati dan bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian, kemudian tambahkan pewarna mengikut citarasa anda.

4. Panaskan pengukus.

5. Sapu majerin pada acuan dan masukkan adunan secara bergantian warna mengikut selera anda.

6. Kukus selama lebih kurang 40 minit.

7. Pastikan air pada pengukus mendidih dahulu dan balut tutup periuk dengan kain.

kuih apam susu

Selamat mencuba membuat kuih apam susu ini!

Sumber: Zainab Abu Bakar

Baca juga: Kuih Apam Bakar Resipi MUDAH, Bancuhan Untuk 10 Keping

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN