kuey teow goreng

Ramai yang menggemari hidangan Kuey Teow Goreng yang biasa dijual di pasar malam. Cara penyediaannya sangat ringkas, tetapi rasanya sungguh enak ketika dinikmati.

Aroma kuetiau goreng yang dibungkus dengan kertas, dipadankan dengan cili jeruk dan perahan jus limau nipis, pasti membangkitkan selera.

Jika anda ingin mencuba masak hidangan ini sendiri untuk keluarga, saudara Emee Sham ada berkongsi cara-caranya di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Mi Goreng Basah ‘Belemuih’, Dah Kenyang Pun Rasa Nak Makan Lagi

RESEPI KUEY TEOW GORENG

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kuetiau – leraikan
  • 5 ulas bawang putih – cincang halus
  • 10 ekor udang – buang kulit (kulit udang direbus, ambil stok air rebusan)
  • Isi kerang – rebus
  • Segenggam tauge
  • Daun kucai
  • Kicap masin
  • Kicap lemak manis
  • Sos tiram
  • Cili kisar
  • 2 biji telur
  • 2 keping tauhu – hiris

Cara-cara:

  1. Goreng telur dan hancurkan. Kemudian ketepikan ke dalam pinggan.
  2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih.
  3. Bila sudah keperangan, masukkan isi udang. Biar seketika.
  4. Masukkan cili kisar. Tumis sampai cili masak.
  5. Masukkan kerang, sos tiram, stok rebusan kulit udang serta sedikit kicap masin. Kacau rata.
  6. Masukkan sedikit air. Bila sudah mendidih, masukkan kuetiau. Gaul rata hingga semua bahan bergaul mesra.
  7. Masukkan kicap lemak manis secukupnya. Gaul rata.
  8. Seterusnya masukkan tauhu dan telur yang sudah digoreng tadi. Kacau rata sekali lagi.
  9. Bila warna sudah cantik, masukkan tauge dan juga daun kucai. Gaul rata dan tutup api. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi: Emee Sham

Baca juga: Resipi Mi Goreng Basah ‘Bodoh’, Cara Mudah Tapi Licin Sekuali!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN