Categories: Resipi

Kuah Sizzling Yee Mee Ala Food Court, Buat Sendiri Boleh Makan Sampai Puas!

kuah sizzling yee meekuah sizzling yee mee

Jika pernah makan menu sizzling di medan selera dalam pusat membeli-belah, pasti terbayang kesedapannya. Oleh itu, kami nak ajar cara buat kuah Sizzling Yee Mee yang lazat.

Shai Anne Ahemed telah kongsikan resipi kuah Sizzling Yee Mee di Facebook dan kesedapannya sama seperti makan di medan selera. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Sizzling Yee Mee Mudah Di Rumah Tanpa ‘Hot Plate’, Gerenti Sedap!

RESIPI KUAH SIZZLING YEE MEE

kuah sizzling yee meekuah sizzling yee mee

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 1 mangkuk ayam
  • 10 biji cendawan shiitake kering(rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian)
  • 10 tangkai cili kering (potong)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 inci halia (hiris nipis)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 3 sudu besar tepung jagung (dilarutkan dalam sedikit air)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (dikisar sendiri)
  • 1 senduk kicap pekat
  • Garam
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Gula
  • 1 liter air

Bahan-bahan lain:

  • 1 bungkus yee mee (boleh juga guna mee kuning, kuey teow dan nasi putih pun sedap)
  • Sayur pak choy

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, perap ayam dengan kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan kiub ayam.

2. Panaskan minyak masak dalam periuk, kemudian tumis bawang putih dan halia sampai wangi.

3. Selepas itu, masukkan cili kering dan tumis sebentar.

4. Kemudian, masukkan cendawan shiitake.

5. Masukkan 1 liter air, kemudian perasakan dengan garam dan 1 sudu besar gula.

6. Apabila sudah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung dan masak sampai kuah jadi pekat, kemudian tutup api.

7. Sediakan kuali non-stick, kemudian letakkan yee mee dan curahkan kuah sizzling atas yee mee.

8. Selepas itu, buka api dapur, kemudian masukkan sebiji telur dan sayur pak choy.

9. Seterusnya, masak sekejap sampai mee lembut.

10. Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yang ingin disediakan. Siap untuk dihidang!

Jika makan di medan selera, mungkin kurang puas kerana sesetengah orang suka makan hidangan yang penuh dengan isi. Buat dengan air tangan sendiri, lebih puas hati.

Selamat mencuba!

Sumber: Shai Anne Ahemed

Baca juga: Nasi Ayam Claypot, Rasa Sebijik Macam Makan Di Food Court

Aimi

Recent Posts

Buat Sendiri Bread Crumbs Guna Roti Keping, Senang Saja Rupanya!

Serbuk roti atau bread crumbs bahan yang sering digunakan dalam banyak resipi, terutamanya untuk lapisan…

16 hours ago

Nasi Mentah Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Diselamatkan Dengan 5 Petua Ini

Semua orang pasti pernah hadapi masalah nasi jelantah iaitu mentah atau kurang masak. Oleh itu,…

18 hours ago

Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata

Nak buat puding cantik dan terbentuk elok bukanlah mudah, tapi tak mustahil jika tahu caranya.…

19 hours ago

Cara Buat Perapan Ayam Bakar Sedap, Sesuai Untuk Wrap, Sandwic & Salad

Cara perap ayam bakar yang sedap ada tekniknya. Jika ingin gunakan dalam sandwic, wrap, atau…

20 hours ago

Resipi Ikan Cencaru Sumbat, Ikut Cara Ini Dijamin Isi Tak ‘Terburai’

Resepi ikan cencaru sumbat ini ada peminatnya! Bila makan sedap tak terkata, tak perlu lauk…

22 hours ago

Beza Chopper Dan Blender, Mana Satu Yang Lebih Sesuai Pakai Di Dapur?

Chopper dan blender merupakan antara peralatan yang wajib ada di dapur. Namun, anda perlu tahu…

23 hours ago