Jika anda teringin menikmati hidangan Kelantan iaitu kuah singgang daging, berikut adalah resipi yang sangat mudah dan sesuai untuk dimasak.
Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai stok daging di rumah. Resipi ini juga sangat sedap dimakan dengan nasi panas, menjadikan hidangan lebih ‘banjir’.
Satu tip untuk singgang ini adalah jangan masukkan garam dan asam keping terlalu awal kerana ia boleh menyebabkan daging lambat empuk.
Masukkan garam dan asam keping hanya setelah daging hampir empuk.
Jom baca resipi perkongsian di bawah
Baca lagi: Resipi Mi Bandung Ala Kedai Tomyam, Setiap Suapan Rasa Nak Jerit ‘Sedap’!
RESIPI KUAH SINGGANG KELANTAN
Bahan-bahan:
- Daging – secukupnya, dipotong kecil
- Bawang merah – 4 biji, dimayang
- Bawang putih – 3 ulas, dimayang
- Halia – 2 inci, dipotong halus
- Lengkuas – dihiris nipis
- Ketumbar – 2 sudu besar, ditumbuk kasar
- Cili kering – secukupnya, ditumbuk kasar
- Garam – secukup rasa
- Asam keping – 1-2 keping (ikut citarasa)
- Budu – optional (jika suka, untuk menambah rasa masin)
Cara Penyediaan:
1. Masukkan daging yang telah dipotong kecil ke dalam periuk.
2. Gaulkan bersama bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, ketumbar, dan cili kering yang telah ditumbuk kasar.
3. Setelah sebati, pemati (biarkan seketika) bahan dengan daging sebelum memasukkan air.
4. Masukkan air secukupnya mengikut jumlah kuah yang diinginkan.
5. Didihkan sehingga daging menjadi empuk. Pastikan api sederhana dan kacau sekali-sekala untuk memastikan kuah sebati dengan daging.
6. Setelah daging empuk, masukkan garam dan asam keping. Jika anda suka, tambahkan sedikit budu untuk menambah rasa masin dan berperisa.
7. Biarkan kuah mendidih lagi seketika untuk memastikan semua perisa meresap dengan baik ke dalam daging.
8. Apabila kuah sudah cukup rasa, angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.
Sumber: Eliza Amin Kolam
Baca lagi: Resepi Puding Roti Simple Dengan 5 Bahan, Anak Mesti Tak Berani Tolak Punya!