Categories: Infomasi

Kos Pengangkutan Naik, Harga Ayam Segar Di Johor Melonjak Kepada RM12 Sekilogram

Harga ayam segar di Johor Bahru meningkat kepada RM12 sekilogram (kg) berikutan peningkatan kos pengangkutan kepada RM1.80 setiap kg bahan mentah berkenaan.

Kebanyakan peniaga ayam di pasar basah Pandan dan Kempas didapati menjual bahan mentah itu pada carga berkenaan berbanding hanya RM10.50 hingga RM11 setiap kg, dua minggu lalu.

Tinjauan mendapati bekalan ayam mesih belum pulih di kebanyakan lokasi bandar raya tersebut. Malah, ramai pengguna mengadu mereka terpaksa ke lokasi pasar yang lebih jauh berikutan ketiadaan bekalan ayam mentah di kawasan mereka.

Baca juga: Ayam Habis & Peniaga Bakal Tutup Kedai? Tauke Ayam Ni Dedah Apa Sebenarnya Yang Terjadi

Seorang peniaga ayam, Hafizul Mohamad, berkata beliau terkpaksa menaikkan harga ayam kepada RM12 kg berikutan terbeban dengan kenaikan kos pengangkutan sebanyak 20sen setiap kg.

Katanya, sebelum ini kos pengangkutan ayam segar bagi setiap kg bermula hanya 50 sen sebelum ia mengalami kenaikan sehingga RM1.50 dan terbaharu dinaikkan kepada RM1.80 berkuatkuasa hari ini.

“Harga ayam segar sampai hari ini pun sudah RM9.40 setiap kg, macam manalah peniaga nak bertahan dengan kos sewa lot niaga, bil utiliti dan gaji pekerja lagi.

“Itulah sebabnya harga ayam terpaksa dijual RM12 sekilogram walaupun harga siling bahan mentah RM8.90 berkuatkuasa sampai 5 Jun ini.

“Isu bekalan yang berkurangan pun masih belum selesai. Saya buat tempahan sebanyak 450 ekor ayam segar dan hanya dapat 200 ekor hari ini, walaupun bermula hari ini larangan eksport ayam segar ke luar negara sudah dikuatkuasakan.

“Apabila tanya pada pembekal bila bekalan ayam segar akan pulih, mereka pun tidak dapat beri jawapan malah hanya memaklumkan bekalan tidak cukup sehingga terpaksa mencatu bekalan kepada peniaga,” katanya ketika ditemui.

Pada 23 Mei lalu, kerajaan dilaporkan mengarahkan eksport sebanyak 3.6 juta ayam sebulan dihentikan bermula 1 Jun ini, sebagai sebahagian daripada lima pendekatan bagi mengatasi isu kekurangan bekalan bahan makanan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu diambil sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sebagai memberi keutamaan kepada rakyat negara ini.

Dalam pada itu, pengguna, Ah Peng, 40, berkata ayam segar semakin sukar dibeli berikutan bekalannya yang sering kehabisan awal di pasaran bandar raya ini.

“Saya sudah pergi ke beberapa pasar dan pasar raya namun ayam tiada. Nasib baik di Pasar Pandan masih ada bekalan. Anak saya hanya mahu makan ayam, jadi mahu tak mahu kena cari sampai jumpa,” katanya.

Peniaga makanan, Suyani Soffian, 36, pula berkata beliau turut menghadapi perkara sama berikutan terpaksa ke beberapa lokasi bagi mencari ayam segar.

“Di kawasan Desa Cemerlang memang tiada langsung bekalan ayam segar termasuk di pasar raya dan kedai runcit. Jika bekalan ayam segar terus sukar diperoleh, saya tidak boleh buka kedai makan kerana ia bahan utama yang disukai pelanggan,” katanya.

Peniaga ayam golek dari Tenggaroh, Mersing, Mohamad Akasyah Iman Masor, 26, turut berhadapan masalah sama sehingga terpaksa membeli ayam segar sehingga ke bandar raya ini serta Kluang.

“Di Mersing, ayam segar pun susah nak dapatkan sedangkan perniagaan saya memang 100 peratus menggunakan ayam segar tidak dipotong.

“Oleh kerana susah nak cari ayam segar, saya terpaksa ke Johor Bahru kerana Kluang yang bersebelahan Mersing pun berhadapan isu bekalan ayam segar tidak cukup,” katanya.

Kredit gambar: Berita Harian Online

Sumber: Berita Harian Online

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago