kopi

Mesti tersengih-sengih pencinta kopi bila dah baca tajuk tu kan. Selain mempunyai rasa yang sedap, ia juga mempunyai kebaikan yang tersendiri tau.

Menurut kajian, kopi dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2, masalah kardiovaskular serta risiko kematian serta banyak lagi.

Baca juga: Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung. Buat Satu Jug Simpan Dalam Peti, Lagi Lama Lagi Sedap!

Secawan kopi tanpa gula dapat membuatkan hari seseorang menjadi lebih tenang dan aktif.

Tapi, betul ke kenyataan kat atas?

Bila min dah semak sendiri fakta tersebut, Malaysia Bersuara sudah pun kupas isu ini bagi membuktikan kebenaran perkara tersebut.

Minum 2 atau 3 cawan kopi dapat panjangkan umur seseorang

Menerusi laporan Sky News yang petik kajian yang dijalankan oleh Diabetes Research Institute, orang yang minum dua atau tiga cawan kopi sehari dapat panjangkan hayat seseorang.

Kopi serbuk dapat kurangkan risiko kematian paling tinggi

Kopi seperti serbuk, kopi segera atau tanpa kafein pula mempunyai kaitan dengan pengurangan penyakit jantung dan kematian menurut kajian berkenaan.

Risiko kematian sebanyak 27% dapat dikurangkan jika minum kopi serbuk berbanding kopi segera dan kopi tanpa kafein.


5 Kebaikan Minum Kopi

Selain mempunyai rasa yang sedap kopi juga mempunyai manfaat yang tersendiri terhadap kesihatan kepada yang mengamalnya seperti:

  • Risiko kematian awal yang rendah kerana kewujudan 1,000 kompaun aktif di dalam kopi.
  • Meningkatkan metabolisme glukosa dan sentiviti kepada insulin yang boleh membantu badan bagi proses gula secara efektif.
  • Minum enam cawan kopi dapat mengurangkan risiko kepada diabetes jenis 2.
  • Miliki kompaun antioksidan di mana ia dapat bantu melindung dan panjangkan jangka hayat seseorang.
  • Dapat merendahkan risiko masalah kardiovaskular serta risiko kematian.

Korang suka minum kopi apa?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN