king crab

Sepasang suami isteri di Kota Bharu tak menyangka percubaan mereka menjual makanan laut premium, king crab di tepi jalan bertukar menjadi fenomena. Dengan harga hanya RM85 seekor, jualan mereka laris hingga 150 ekor habis dalam masa 15 minit sahaja.

Mohamad Ikhmal Nur Hakim, 30, berkata idea berniaga itu tercetus apabila isterinya, Nurul Al Fatonah, 30, teringin merasa sendiri hidangan king crab.

Daripada sekadar beli untuk makan di rumah, mereka akhirnya cuba menjualnya pada harga lebih berpatutan agar orang lain juga berpeluang menikmati makanan laut mewah yang biasanya dijual di restoran dengan harga ratusan ringgit.

Baca juga: Ikan Bawal Di R&R Harga Kayangan, Wanita Ini Kena ‘Ketuk’ Sampai Sepinggan RM20

SUAMI ISTERI JUAL KING CRAB, TAK SANGKA DAPAT SAMBUTAN

Pada mulanya, mereka hanya mengambil tempahan dari rumah. Namun, apabila sambutan semakin menggalakkan, pasangan ini membuka sebuah gerai kecil di Lembah Sireh. Promosi melalui TikTok dan Facebook membuatkan jualan mereka menjadi tular dengan cepat.

Sejak itu, setiap kali gerai dibuka pada jam 4 petang, suasananya memang meriah dengan pelanggan yang sanggup beratur panjang. Malah, ada yang datang dari luar Kelantan hanya untuk merasa king crab viral ini.

Menurut Nurul Al Fatonah, rahsia jualan cepat habis adalah kerana ketam tersebut sudah siap dimasak dengan dua jenis sos kegemaran ramai iaitu sos cili pedas manis dan sos buttermilk berkrim. Katanya, pelanggan lebih suka makanan yang sedia dimakan terus panas-panas.

Seorang pelanggan tetap, Azlina Alawi, 42, sanggup datang dari Ipoh semata-mata kerana tertarik dengan video king crab viral itu. Katanya, walaupun sudah biasa menikmati hidangan ini, kali ini dia mahu berkongsi dengan keluarganya di Pengkalan Kubor, terutama ibu bapa.

“Saya dah datang dua kali, semalam tak dapat sebab dah habis dan datang sekali lagi hari ini, harga memang murah berbanding yang biasa saya beli, dapat bagi peluang orang makan king crab,” katanya

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Lelaki Ini Jual Ais Kacang Di Sweden Guna Mesin Dari Malaysia, Netizen Terkejut Tengok Harga!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN