kimchi tekak melayu

Jom buat kimchi tekak melayu! Barulah ‘feel’ nak makan jeruk lobak dengan apa juga hidangan sambil layan Kdrama. 

Macam yang semua tahu, kimchi merupakan salah satu menu makan Korea yang semakin mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan negara ini. Malahan, sudah ada peniaga tempatan yang menghasilkan kimchi dijual di pasaraya-pasaraya.

Khasiat kimchi sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kerana mengandungi nilai nutrisi yang mencukupi kerana sayuran mentah yang digunakan. Kaedah penapaian kimchi turut menghasilkan mikrob yang baik untuk tubuh kita.

Baca juga: Selalu Tengok K-Drama? Ini 7 Makanan Korea yang Korang Patut Cuba 

Selain itu ia turut mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi serta sangat disarankan untuk mereka yang sedang berdiet. Terdapat pelbagai lagi manfaat kimchi ini dan telah dibuktikan secara saintifik oleh para penyelidik.

Namun, jangan sampai salah cara membuatnya, khasiat tak dapat, malahan dapat peny4kit pula. Sentiasa utamakan kebersihan setiap bahan yang digunakan.

Menerusi laman Facebook, Ika Ezzati Kamal telah berkongsi cara mudah membuat kimchi tekak melayu hingga meraih sehingga 1.2k shares! Memang ramai rupanya suka ‘adjust’ ke arah kemelayuan walaupun suka ulam korea ini. Hiks! Jom kita tengok.


RESIPI KIMCHI TEKAK MELAYU

Al kisahnya, tadi pergi pasaraya. Tengok seksyen clearance barang basah terjumpa kobis panjang RM1.20 seikat besar. Nak layu-layu sikit kat bahagian luar tapi dalam elok lagi. Pulak ada jugak lobak putih tapi patah muncung dah 50sen. Carrot 3 batang 1 plastik 98 sen yang hitam satu. Kitanya teringin nak makan kimchi.

Alang alang tu beli jelah. Merajinkan diri buat. Kadang kalau beli yang ready made selalunya acidity dia too much. Pastu pedas sangat. I kennot tahan. Sudahnya terhasil 4 botol untuk stok setahun. Kos semua, RM2.70. Garam, gula, bawang, halia, kicap, sotong, serbuk cabai, tepung beras memang ada kat rumah dah. Harini tidur peluk kimchi sebab rasa menang membeli.

Bahan-bahan potong:

  • Kobis panjang – rendam dengan garam 2 jam dan bilas 3x
  • Bawang holland 
  • Daun bawang 
  • Lobak putih
  • Carrot

Bahan kisar:

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 1 labu
  • Halia 1 inci
  • Sebiji buah lai atau epal merah – optional
  • Udang kering 2 jemput

Bahan perisa:

  • Serbuk cili – ikut tahap kepedasan masing-masing
  • Garam
  • Gula 
  • Kicap ikan atau kicap sotong – secukup rasa
  • Tepung beras dimasak atas api sampai kental

Cara-cara membuatnya:

1. Gaul semua bahan di atas dengan sebati.

2. Masukkan dalam bekas kegemaran.

3. Tinggalkan sikit ruang udara sebab proses penapaian mengeluarkan gas. bimbang buka2 tuppaware meletup kena muka.

4. Nak cepat makan, letak kat luar dan biarkan proses penapaian selama 2 hingga 3 hari. Lepastu boleh makan. Lepastu masuk peti sejuk.

5. Ataupun lepas buat letak je dalam peti sejuk. Harini buat minggu depan makan. Siap!


Memang puas nak makan kimchi tekak melayu ini dengan mi segera atau nasi sambil layan Kdrama. Selamat mencuba semua!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN