Ikan kembung dikenali sebagai salah satu ikan yang kaya dengan nutrisi. Ikan ini boleh diolah menjadi makanan yang lazat dan berkhasiat. Ia juga dikenali dengan harganya murah dan mudah didapati.
Maka tidak hairanlah jika jenis ini ikan menjadi pilihan ramai berbanding jenis ikan yang lain. Jika mahu mengetahui apakah kandungan dan manfaat yang boleh didapati dari ikan ini, mari baca artikel di bawah.
Baca juga: 15 Khasiat Air Rebusan Nanas, Minum Hari-Hari Akan Nampak Kesannya!
Ikan kembung kaya dengan nutrisi baik untuk jantung seperti asid lemak omega-3, magnesium, kalium, dan natrium. Nutrisi ni membantu saluran darah di sekitar jantung berfungsi lebih baik dan kurangkan risiko radang.
Kajian juga mendapati bahawa risiko kematian bagi individu yang menghidap penyakit jantung juga dapat dikurangkan dengan mengamalkan ikan ini secara berkala.
Asid lemak omega-3 juga terbukti berkesan dalam meningkatkan fungsi otak. Apabila kecerdasan otak meningkat, ia membantu mengurangkan risiko keradangan dalam otak dan membantu dalam pemprosesan maklumat yang lebih cepat oleh otak.
Jika sedang berasa tertekan, pengambilan makanan berkhasiat seperti ikan boleh membantu meredakan tekanan tersebut. Seterusnya tubuh dan minda menjadi lebih tenang.
Sistem saraf bertugas mengatur segala aktiviti tubuh dan memastikan semuanya berfungsi dengan baik. Ikan ini juga kaya dengan vitamin B12, adalah makanan yang baik untuk menyokong kesihatan sistem saraf dan memastikannya berfungsi dengan baik.
Kolesterol yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan masalah jantung. Jadi amat penting untuk mengurangkannya supaya badan lebih sihat. Ikan kembung boleh membantu kurangkan kolesterol dan elakkan masalah jantung.
Salah satu manfaat ikan ini adalah menyihatkan tulang. Ini kerana ia mengandungi zat fosfor, kalsium, dan vitamin D yang baik untuk kesihatan tulang. Ikan ini juga dapat membantu mengurangkan risiko osteoporosis.
Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…
Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…
Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…
Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…
Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…