Halia atau nama saintifiknya, Zingiber Officinale Roscoe merupakan tumbuhan yang sering digunakan di serata dunia dalam pelbagai hidangan. Rupanya banyak khasiat halia kepada tubuh badan manusia.
Pada zaman pemerintahan Dinasti China, mereka juga telah menggunaan halia bagi melawan loya, radang, mengurangkan osteoarthritis, membantu mengawal kolestrol dan melegakan kesakitan haid.
Bukan saja berfungsi sebagai penambah rasa dalam hidangan, halia juga mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Mari MyResipi kongsikan beberapa khasiat halia yang mungkin anda belum tahu.
Baca juga: Beza Halia Muda & Halia Tua Dalam Masakan, Jangan Salah Guna!
1. Melancarkan peredaran darah
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh melancarkan dan memperbaiki aliran darah dalam tubuh badan. Ia juga boleh membantu memanaskan badan, melegakan demam dan mengurangkan peluh berlebihan.
2. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus
Selain itu, halia juga membantu meningkatkan penyerapan nutrien penting ke dalam tubuh badan manusia. Hal itu kerana, halia merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
3. Mengurangkan risiko demam dan selsema
Halia merupakan salah satu bahan semula jadi yang sering digunakan untuk merawat demam dan selsema.
Air rendaman 2 sudu besar halia yang dicincang dipercayai boleh merawat demam dan selsema dalam kalangan orang dewasa. Lebih baik jika diminum dua hingga tiga kali sehari untuk kesan yang pantas.
4. Melancarkan penghadaman
Di samping itu juga, halia berfungsi untuk membantu pencernaan, meningkatkan penyerapan makanan dan mengurangkan ketidakselesaan perut. Ia juga dapat mengurangkan keradangan seperti aspirin dan ibuprofen.
5. Mencegah risiko barah usus
Menurut kajian, halia didapati boleh melanbatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/usus.
6. Mengurangkan keradangan dan kesakitan
Halia mengandungi beberapa bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semula jadi.
7. Bantu melancarkan nafas
Jika anda mempunyai masalah pernafasan seperti batuk, halia boleh membantu dan mengembangkan paru-paru anda serta melonggarkan kahak. Dengan cara ini, anda boleh pulih dengan cepat dari masalah kesukaran bernafas.
8. Menguatkan sistem imun
Pengambilan sedikit halia setiap hari boleh menghalang lemak melekat pada arteri dan sekaligus mengelakkan risiko strok. Ia juga boleh meningkatkan sistem imun badan, mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, membantu melegekan batuk serta gatal tekak.
9. Mengurangkan sakit kelapa
Kunyah sedikit halia mentah atau rebus halia di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil. Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan didahi dipercayai dapat membantu megurangkan sakit kepala.
10. Mengurangkan berat badan
Ini hanyalah sebahagian dari khasiat halia yang boleh didapati. Mungkin ada juga mempunyai petua atau rahsia tentang halia. Apa kata kongsikan bersama kami.
Sumber: Rasa
Baca juga: Resipi Ayam Masak Halia, Simple Tapi Sangat Membangkitkan Selera
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…