Tak ramai tahu apakah khasiat daun durian belanda yang boleh menjadi penawar kepada beberapa penyakit.
Untuk pengetahuan anda, daun belanda merupakan salah satu buah tropika yang mempunyai banyak nutrisi dan khsiat.
Buah ini mempunyai sumber vitamin C yang sangat bagus. Sebiji buahnya sahaja mampu memenuhi keperluan harian manusia yang memerlukan sejumlah 60 miligram vitamin C.
Pengambilan vitamin C yang cukup mampu meningkatkan sistem pertahanan badan untuk berlindung dari ancaman virus dan bakteria.
Nmaun begitu, khasiat durian belanda bukan hanya terletak pada buahnya, tetapi daunnya juga mempunyai pelbagai kebaikan.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Leha Yusuf berkongsi petua dan khasiat daun durian belanda di laman Facebook untuk dijadikan panduan.
Baca juga: Jenis Kacang Yang Sesuai Dijadikan Jajan, Baru Lagi Sihat & Banyak Khasiat!
1. Mencegah Kanser
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air yang bersih.
Tunggu sehingga mendidih sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum air yang dimasak tadi sebanyak dua kali sehari.
2. Merawat Sakit Pinggang
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam 3 gelas sahaja.
Setelah itu, minum ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari. Amalkan sehingga sakit pinggang berasa lega.
3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh Badan (Imun Sistem)
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh badan. Ambil 5 helai daun durian belanda.
Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas. Amalkan meminum sekali dalam sehari untuk ketahanan imun badan.
4. Mengatasi Penyakit Diabetis (Kencing Manis)
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, ambil 20 helai daun belanda dan rebus dengan 4 gelas air, masak sehingga menjadi 1 gelas air.
Minum air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khasiat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi (High Blood presure)
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok. Penyakit stroke adalah gangguan fungsi otak akibat aliran darah ke dalam otak mengalami gangguan atau berkurang.
Sekiranya anda menghidap tanda-tanda penyakit tersebut, segeralah minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.
6. Mengatasi Buasir atau simbelit
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas sahaja.
Setelah air suam, amalkan meminum sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
7. Mengubati Sakit Urat/Saraf
Khasiat daun durian belanda juga mampu membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf. Rebus 10 helai daun durian belanda yang tua, tetapi warnanya masih hijau pekat dan sihat.
Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, masak hingga mendidih dan biarkan menjadi 1 gelas.Amalkan meminum dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.
Sumber: Facebook Leha Yusuf
Baca juga: 15 Khasiat Air Rebusan Nanas, Minum Hari-Hari Akan Nampak Kesannya!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…