Categories: Informasi

Kalau Selalu Masak Untuk Seorang, Ini 5 Bahan Wajib Ada Dalam Peti Sejuk. Tak Membazir & Jimat!

Pernah tak rasa serba salah nak masuk dapur bila kena masak untuk diri sendiri saja? Nak beli bahan dapur banyak-banyak, takut layu dan berulat dalam peti ais. Nak order delivery hari-hari, poket pula makin ‘kering’ sebelum hujung bulan.

Penat kan bila niat nak berjimat , tapi ends up terpaksa buang bahan dapur yang dah membusuk?

Sebenarnya, kunci utama untuk masak hidangan seorang tanpa pembaziran bukannya kena beli bahan segar hari-hari. Cukup sekadar simpan stok 5 bahan ini dalam peti sejuk. Bila-bila rasa lapar, capai sahaja dan siap hidangan padu tak sampai 15 minit!

Baca juga: 5 Bahan Boleh Hilangkan Bau Hanyir Dan Kesan Minyak Degil Di Dapur

1. PES SAMBAL SERBAGUNA

Jangan buang masa kopek bawang atau kisar cili setiap kali perut berbunyi. Menyimpan stok pes sambal asas adalah game changer paling besar untuk dapur bujang atau sesiapa yang sibuk.

Masukkan dalam bekas kaca bersih dan tuang sedikit minyak masak di permukaan atas untuk elak berkulat. Pes ini boleh tahan berbulan dalam peti ais jika dimasak sehingga betul-betul pecah minyak. Nak masak nasi goreng, sambal telur, mi goreng atau sayur tumis pun mudah dan pantas.

2. TELUR

Telur adalah ‘raja’ segala bahan dapur! Harganya berpatutan, kaya dengan protein, tahan lama dan paling penting ia sangat sukar untuk “gagal” bila dimasak. Telur juga boleh jadi hidangan utama atau bahan sampingan untuk melengkapkan nutrisi.

Pastikan telur disimpan di bahagian rak utama peti ais dan bukan di pintu peti ais supaya suhunya sentiasa stabil dan tahan lebih lama.

3. SAYUR TAHAN LAMA

Lupakan dulu sayur berdaun hijau seperti sawi atau kangkung kalau anda jarang masak. Sayur berdaun biasanya cepat berlendir dan layu dalam masa 2–3 hari. Tukar strategi kepada kubis dan lobak merah!

Kedua-dua sayur jenis ini boleh bertahan segar selama 2 hingga 3 minggu dalam peti ais tanpa sebarang masalah. Hanya balut kubis dan lobak merah dengan tisu dapur sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara atau plastik berlubang untuk menyerap kelembapan berlebihan.

Dengan sayuran ini anda boleh hiris nipis untuk stir-fry veggies, campurkan dalam sup atau buat coleslaw ringkas.

4. DAGING / AYAM KISAR

Memasak potongan ayam atau daging segar untuk seorang makan agak leceh kerana mengambil masa lama untuk dinyahbeku. Daging atau ayam kisar adalah alternatif paling cepat dan praktikal.

Bahagikan daging kisar ke dalam bekas kiub ais silikon dan bekukan. Bila nak masak untuk seorang makan, cuma keluarkan 1 atau 2 kiub sahaja dan boleh terus dimasukkan ke dalam kuali atau periuk tanpa perlu menunggu lama untuk nyahbeku.

Ia lebih cepat masak, senang menyerap rasa rempah dan saiznya mudah disukat mengikut porsi seorang.

5. SOS TIRAM & KICAP MANIS

Bila masak porsi kecil, anda tak perlukan pelbagai rempah-ratus yang rumit. Cukup sekadar ada gabungan sos tiram dan kicap manis sebagai penambah rasa harian anda. Bahan ini tahan lama dan memberikan rasa gurih, manis, serta masin secara serentak.

Untuk mengekalkan kepekatan, aroma dan rasa asalnya, simpan kedua-dua bahan ini di dalam peti ais selepas dibuka . Masak untuk seorang tak sepatutnya jadi satu bebanan atau punca pembaziran barang dapur.

Dengan adanya 5 bahan asas ini dalam peti sejuk, anda bukan sahaja dapat jimat ratusan ringgit sebulan, malah perut sentiasa terisi dengan hidangan panas air tangan sendiri.

Hanis

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

10 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

11 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

12 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

13 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

13 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

13 hours ago