Sebut je Khairul Aming, mesti semua orang terngiang-ngiang suara voive-over dia dalam content masakan.
Baru-baru ini, tular satu video seorang pembeli mengkritik cara pembungkusan Sambal Nyet yang dikatakan kurang kemas di TikTok.
Video Penuh:
@cikgusamm Mmmm.. kena improve ni #cikgusamm #cikgusammtips #packaging #sambal #sambalpenyet #khairulaming #khairulamingrecipe @Khairulaming
Menurut pembeli yang dikenali sebagai Cikgu Sammi itu, botol yang dia dapat bocor dan menyebabkan minyak produk tersebut banyak meleleh keluar dalam bungkusan.
Baca juga: Ayam Bakar Thai Ala Resipi Khairul Aming, Cicah Dengan Sos Pedas Padu Gais!
Susulan video yang tular itu, Khairul Aming menjawab isu tersebut menerusi rakaman tersebut:
@khairulaming Ini penjelasan kenapa kita tak pakai extra kotak untuk sambal nyet. Maaf di atas kebocoran sambal dan terima kasih @CikguSamm| Coach Biz & Produk for the feedback! 😊 #makanlokal #sambalnyet
Menerusi perkongsian di atas, dia menjelas apakah sebab beserta dengan data yang dikumpul.
Tak terkecuali, Khairul Aming juga akan menggantikan sambal baru kepada pembeli tersebut.
Yang buat min kagumnya adalah, cara dia jelaskan satu persatu dan uruskan isu ini macam kacang je. Bukan min je, tapi ramai netizen puji sebab senang nak faham.
Kita boleh lihat beberapa komen yang memuji tindakan Khairul Aming ini sebagai seorang yang matang dan profesional.
Nama Khairul Aming sebelum ini pernah menjadi bualan hangat selepas pengurusnya ‘buat hal’.
Namun cara dia berhadapan dan selesaikan isu berkenaan telah dipuji ramai. Kipidap!