Categories: Resipi

Cara Buat Keropok Nasi Keping, Kembang Dan Cukup Garing Bila Digoreng!

Pelbagai idea untuk menghabiskan sisa lebihan nasi yang ada di rumah dan ramai yang mengambil peluang untuk membuat Keropok Nasi Keping dengannya.

Keropok Nasi Keping merupakan keropok yang dihasilkan daripada nasi sejuk berbentuk kepingan yang sangat garing apabila dikunyah.

Nak tahu cara buat Keropok Nasi Keping di rumah, anda boleh ikuti langkah demi langkah yang diajarkan oleh Salwani Ibrahim di Facebook ini.

Baca juga: Keropok Kentang Buat Sendiri Dekat Rumah, Lagi Puas Hati Ada Stok Banyak

RESIPI KEROPOK NASI KEPING HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi putih (boleh guna lebihan nasi sejuk atau nasi semalam)*
  • 1 Kiub ayam (tambahan)*
  • 2 sudu teh Garam*
  • 2 sudu teh Gula*
  • Daun sup atau daun kucai (tambahan, dihiris kasar)
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4 biji cili padi merah (dihiris halus)
  • Tepung ubi

Cara-cara:

1. Rendam nasi dalam air selama 30 minit, kemudian toskan.

2. Masukkan dalam pengisar bersama semua bahan-bahan yang bertanda (*).

3. Masukkan air dalam pengisar sedikit saja sebab nak dapatkan adunan yang kental dan halus, kemudian kisar.

4. Adunan yang dikisar tadi masukkan dalam mangkuk besar dan campurkan dengan daun kucai, cili padi dan tepung ubi.

5. Masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tak melekat pada tangan, kemudian kepal-kepalkan memanjang.

6. Celur dalam air yang mendidih (masukkan sesudu minyak masak) sehingga adunan terapung.

7. Toskan dan biar adunan sejuk sedikit, kemudian masukkan dalam peti ais semalaman supaya mudah untuk kita potong nipis-nipis.

8. Jemur sehingga kering (saya jemur sehari saja jika hari betul-betul panas terik).

9. Akhir sekali, boleh goreng sehingga kembang dan garing.

Nak buat Keropok Nasi Keping yang sedap begini memang memerlukan kesabaran dan kerajinan yang tinggi, tapi apa salahnya sekali-sekala buat sendiri di rumah bukan?

Guna air tangan sendiri lebih puas hati, jadi anda boleh mengolah resipi ini mengikut kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber: Salwani Ibrahim

Baca juga: Resepi Keropok Lekor Homemade, Nak Sedap Guna Ikan Jenis ‘Ini’

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago