Jenis Lunch Box Untuk Ke Pejabat, Tinggal Pilih Nak Guna Yang Mana

Terdapat pelbagai jenis bekas makanan (lunch box) yang sesuai untuk pelbagai kegunaan. Sama ada untuk dibawa ke sekolah, pejabat, semasa melancong, atau piknik.

Contohnya, bekas plastik yang ringan dan mudah dibawa, bekas keluli tahan karat yang tahan lama dan sesuai untuk makanan panas atau sejuk.

Di samping itu, bekas kaca pula tidak menyerap bau makanan dan tidak melepaskan bahan kimia berbahaya, memastikan makanan di dalamnya kekal segar dan selamat untuk dimakan.

Baca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal

JENIS BEKAS BEKALAN MAKANAN

Berikut merupakan antara jenis-jenis lunch box yang perlu anda ketahui:

1. Bekas Bekalan Makanan Three-Tier

Bekas bekalan makanan Three-Tier adalah jenis bekas makanan yang terdiri daripada tiga tingkat yang boleh dipisahkan.

Setiap tingkat atau bahagian ini biasanya mempunyai penutup sendiri dan bersambung bersama untuk membentuk satu bekas makanan.

Bekas jenis untuk sangat praktikal kerana membolehkan anda memisahkan jenis makanan yang berbeza, seperti nasi, sayur, dan lauk-pauk.

2. Bekas Bekalan Makanan Multi Compartment

Kebanyakan jenis bekal ini datang dengan beberapa bekas kecil yang boleh dicabut dan disusun mengikut menu. Lunch box ini bukan sahaja lebih praktikal, malah ia lebih mudah untuk dibasuh.

Ada juga bekas yang mempunyai pembahagi tetap untuk memisahkan makanan. Bekas jenis ini lebih sukar untuk dibasuh, namun tetap berguna jika mahu diletakkan makanan yang kering dan tidak berkuah seperti biskut, keju atau nasi goreng.

Bekas bekalan makanan jenis multi compartment ini lebih sesuai jika mahu letakkan makanan berat tidak berkuah dan snek dalam satu bekas.

3. Bekas Bekalan Makanan Elektrik

Kredit gambar: CN CROWN

Electric lunch box adalah bekas makan yang dilengkapi dengan elemen pemanas elektrik untuk memanaskan atau memasak makanan. Bekas ini mudah dibawa ke tempat kerja, sekolah, atau semasa melancong.

Anda hanya perlu menyambungkannya ke sumber kuasa elektrik untuk memanaskan makanan secara automatik. Biasanya ia dibuat daripada bahan berkualiti tinggi seperti plastik, keluli tahan karat, atau kaca, bekas ini selamat digunakan.

Kelebihan electric lunch box termasuk memastikan makanan tetap hangat, mudah dan praktikal digunakan tanpa perlu mencari microwave, serta menjimatkan masa dan kos dengan mengurangkan keperluan membeli makanan di luar.

4. Bekas Bekalan Makanan Tahan Karat (Stainless Steel)

Untuk memastikan bekal bekalan makanan kekal hangat, pilih bekas yang diperbuat dari stainless steel dua lapis. Bekas jenis ini berkesan untuk mengekalkan kepanasan makanan.

Bekas ini juga sesuai untuk bekal makanan yang bersup atau bubur.

5. Bekas Bekalan Makanan Plastik

Bekal bekalan makanan berjenis plastik lebih ringan dan tidak mudah pecah. Walau bagaimanapun, pastikan bekas yang digunakan itu adalah bebas BPA dan mempunyai penutup jenis leak-proof.

6. Thermos Food Jar

Thermos Food Jar adalah bekas makanan yang direka untuk mengekalkan suhu makanan atau minuman, sama ada panas atau sejuk. Ia diperbuat daripada keluli tahan karat. Bekas ini juga tahan lasak dan mudah dibersihkan.

Jenis bekas ini juga memastikan makanan kekal panas atau sejuk, menjimatkan masa dan kos, serta praktikal untuk pelbagai jenis makanan dan minuman seperti bubur, salad dan minuman sejuk.

7. Glass container

Glass lunch box adalah bekas makanan yang dibuat daripada kaca dan ianya sedikit berat berbanding bekas plastik. Untuk penggunakan orang dewasa mungkin tiada masalah.

Selain itu, bekas ini selamat digunakan dalam microwave serta memudahkan anda untuk memanaskan makanan dengan cepat dan mudah, tanpa perlu memindahkan makanan ke bekas lain.

Sumber: theAsianparent, Nicety

Baca juga: Beef Pepper Rice Ala-ala Pepper Lunch, Boleh Buat Idea Untuk Bekal

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago