keropok lekor nasi

Buat anda yang berasal dari Pantai Timur, pasti cukup sinonim dengan keropok lekor ikan yang sedap dan rangup. Tapi jarang kita dengar tentang Keropok Lekor Nasi bukan?

Cara membuatnya lebih kurang sama seperti keropok lekor biasa, cuma ia menggunakan nasi sebagai bahan utamanya.

Jika anda ada lebihan nasi di rumah, selain buat nasi goreng dan jemput-jemput nasi, anda boleh buat Keropok Lekor Nasi dengannya.

Kak Ngah Ainnur telah kongsikan resipi Keropok Lekor Nasi di Facebook yang menarik. Ia kelihatan sama seperti keropok lekor ikan sebenar. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Keropok Lekor Homemade, Ringkas & Tak Guna Banyak Bahan

RESIPI KEROPOK LEKOR NASI

keropok lekor nasi

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Kisar kering (guna chopper) nasi dan ikan bilis atau tumbuk pakai lesung.

2. Keluarkan dan masukkan sikit-sikit tepung ubi sehingga jadi doh yang lembut. Jangan letak banyak sangat atau sikit sangat.

3. Doh ni memang akan melekat. Kena sapu tepung ubi di alas dan tangan ketika menggentel. Tak perlu letak garam dan perasa sebab ikan bilis dah cukup masinnya.

4. Gentel macam ini dan terus direbus dalam air yang mendidih.

5. Rebus sehingga dalamnya masak lebih kurang 5 minit, kena tengok pada ketebalan keropok yang digentel.

6. Toskan dan sejukkan seketika dalam peti sejuk supaya tak meletup semasa menggoreng .

7. Keluarkan dari peti sejuk, kemudian potong dan terus goreng. Siap!

keropok lekor nasi

Dah siap hidangan enak ini, bolehlah anda jadikan sebagai minum petang. Sekurang-kurangnya anda tak bazirkan lebihan nasi yang ada bukan?

Selain jimat bahan, hidangan ini menjadi idea menarik untuk anda sekeluarga kunyah-kunyah. Ia bertambah sedap jika dimakan dengan sos cicah.

Rasanya yang sangat lembut dan kenyal, sama seperti keropok lekor ikan biasa. Walaupun sejuk, ia tetap lembut dan enak dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Ngah Ainnur

Baca juga: Resepi Keropok Lekor Homemade, Nak Sedap Guna Ikan Jenis ‘Ini’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN