kerabu tembikai

Pernah dengar Kerabu Tembikai? Kebiasaannya, bila bercakap tentang kerabu pasti terfikir tentang kerabu Suhun, kerabu sotong, Maggi dan sebagainya.

Tetapi kali ini, MyResipi ingin perkenalkan kerabu dari negeri Kedah iaitu Kerabu Tembikai. Orang utara sangat menggemari kerabu ini.

Baca juga: Kerabu Kerang Cara Kampung, Tinggal Gaul Dan Terus Makan!

Kerabu ini juga merupakan antara salah satu makanan yang popular di kalangan orang utagha dan dijadikan sebagai pembuka selera. Gabungan rasa manis dan pedas melengkapkan lagi rasa kerabu tembikai ini. Rasanya lebih kurang macam kerabu mangga.

Ikuti resipi asli dari perkongsian Cik Puan Misbahul Munirah ini. Tak sampai 15 minit dah siap. 


RESIPI KERABU TEMBIKAI CARA ORANG UTAGHA

kerabu tembikai

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Kikis lebihan isi tembikai yang masih ada di kulit hingga ke lapisan putih. Masukkan ke dalam mangkuk.

2. Picit belacan dan cili padi. Kemudian hiris bawang merah halus-halus.

3. Gaul semua bahan dan sebatikan. Tambah secubit garam untuk menyedapkan rasa.

4. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba resipi kerabu negeri Kedah ini.

Resipi: Misbahul Munirah 

Baca juga: Kerabu Belimbing Buluh Daun Selom, Ratah Macam Gitu Pun Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN