Jom buat Kerabu Taugeh Air cara orang dulu-dulu. Memang makan bertambah kalau buat style macam ini.
Nak pula kerabu mempunyai peminatnya tersendiri. Sesekali jika bosan dengan masakan sayur yang biasa, bolehlah cuba membuat kerabu. Sedap dan ringkas, boleh diratah gitu je!
Baca juga: Kerabu Pucuk Paku Kampung, Ratah Macam Itu Je Dah Sedap!
Kerabu tauge misalnya salah satu daripada kerabu yang popular. Dengan kosnya yang murah, cara menyediakannya pun ringkas.
Resipi dikongsi Cik Puan Siti Hazneza Abdul Hamid ini bolehlah dicuba. Resipi kerabu yang agak kering itu diwarisi daripada ibu dan neneknya.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. 200 g tauge dibuang ekor dan dicelur.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Seimbangkan perisa. Tambah air asam jawa, garam, gula dan sambal belacan jika perlu.
4. Siap dan sedia untuk dihidang.
Memang rangup dan kering. Jika suka versi yang basah, boleh letak dua hingga tiga sudu makan santan. Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…