kepak ayam manis-manis pedas

Suka makan kepak ayam manis-manis pedas? Paling seronok makan masa dia panas, boleh berebut dengan anak-anak kalau beli kepak madu di luar. Tak cukup seorang satu, paling tidak mesti 3 hingga 5 ketul.

Bila ada majlis atau apa-apa event, paling suka bila ada chicken wings tau. Nak buat sendiri rasa macam renyah, tapi senang je rupanya.

Ikut je resipi dari perkongsian Victoria Van Bennekum di Facebook ini. Nampak mudah dan sedap je. Boleh buat sendiri di rumah.

Baca juga: Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!

Tinggal bakar dalam oven je. Senang nak bahagikan dekat keluarga sebab pakai kepak ayam je.


RESIPI KEPAK AYAM MANIS-MANIS PEDAS

Bahan-bahan:

  • 1kg kepak ayam – Bersih dan tos kering
  • Madu

Rempah-rempah:

  • 1sdk serbuk jintan
  • 1sdk serbuk ketumbar
  • 1sdk serbuk bawang putih
  • 2sdk serbuk bawang
  • 2sdk serbuk cili
  • 1sdk serbuk kunyit
  • 3sdb tepung jagung
  • 2sdb kicap manis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.

2. Perap kepak-kepak ayam itu selama 30 minit dalam peti ais. Kalau dapat perap semalaman lagi sedap.

3. Selepas perap, dah boleh keluarkan dan susun cantik-cantik dalam dulang ketuhar.

4. Panaskan oven terlebih dahulu.

5. Masukkan kepak ayam dalam oven yang sudah dipanaskan. bakar kira-kira 20 minit pada suhu 150 Celcius.

6. Kemudian, terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit.

7. Campurkan madu dnegan kepak ayam dan pada suhu 200 Celcius hingga nampak keperangan dan rangup.

8. Bila dah rangup, keluarkan dari oven dan sudah boleh dihidang.


Tip nak jadikan ayam kita kekal juicy ialah dengan perap lebih lama.

Isi ayam jadi lembut, dan bila masak pun cantik je hasilnya. Makan ayam ni cicah dengan sos Thai pedas memang terangkat!

Hidangan kepak ayam manis pedas ni sesuai juga kalau nk hidangkan kalau ada bbq ke kumpul ahli keluarga ramai-ramai dan sebagainya. Memang meriah lah jadinya.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN