Categories: Informasi

Kenali Rempah Ratus Yang Wajib Ada Di Dapur Dan Manfaat Dalam Masakan

Mari kenali rempah ratus yang wajib ada dalam dapur kita. Bahan ini biasanya kita sudah biasa guna dalam masakan tetapi pasti ramai yang tidak tahu apa manfaat setiap satu rempah tersebut.

Untuk pengetahuan anda, rempah ratus, atau sering juga disebut sebagai campuran berbagai rempah-rempah dan bahan alami lainnya yang digunakan untuk memberikan rasa, aroma, dan warna khas pada masakan.

Baca juga: Perbezaan FUNGSI Bawang Dalam Masakan, Tak Keliru Nak Pakai Nanti!

Kegunaan rempah ratus dalam masakan sangat bervariasi dan tergantung pada jenis masakan yang ingin dibuat. Berikut adalah beberapa manfaat umum rempah ratus menerusi perkongsian dari Cik Puan @faraherda. 


KENALI REMPAH RATUS DAN MANFAATNYA

1. Buah Pelaga

  • Membantu sistem penghadaman
  • Membantu tubuh badan singkirkan sisa buangan melalui buah pinggang
  • Penyahtoksin (detox) yang sangat baik
  • Boleh dijadikan sebagai ubat anti-murung
  • Melegakan selesema
  • Anti-kanser
  • Menurunkan tekanan darah
  • Menghalang pembekuan darah
  • Antioksida
  • Anti-radang

2. Bunga Lawang

  • Anti-viral, mencegah serangan virus ke atas badan
  • Bersifat anti kulat
  • Menenangkan dan memudahkan tidur
  • Melegakan masalah batuk
  • Menyegarkan nafas
  • Membantu sistem penghadaman
  • Mengurangkan simpton menopaus
  • Mencegah serangan serangga

3. Bunga Cengkih

  • Tinggi dengan antioksidan
  • Anti-bakteria
  • Berpotensi mencegah kanser
  • Baik untuk kesihatan mulut
  • Membantu mengawal paras gula dalam darah
  • Mengurangkan ulser dalam perut
  • Bagus untuk kesihatan hati
  • Berpotensi merawat sakit sendi

4. Kulit Kayu Manis

  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Mengawal bacaan kanduangan lemak dalam badan
  • Aktiviti antioksidan
  • Aktviti antimikrobial (bantu lawan jangkitan)
  • Aktiviti antiradang
  • Bagus untuk penyembuhan luka
  • Mengawal sindrom PCOS
  • Membantu melegakan cirit-birit
  • Berpotensi mencegah kanser

5. Rempah Empat Sekawan

Antara menu Malaysia yang menggunakan rempah empat sekawan ini adalah;

  • Kari Ayam
  • Kari Daging
  • Masak Kurma
  • Ayam Masak Merah Kenduri
  • Nasi Minyak
  • Nasi Beriani

Penggunaan ratusan rempah boleh berbeza-beza bergantung pada budaya, jenis masakan dan pilihan peribadi. Beratus-ratus rempah sering digunakan dalam pelbagai masakan, termasuk budaya Asia, Timur Tengah, India dan masakan di seluruh dunia.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Kenali Warna Tag Pada Bungkusan Roti Di Pasaran, Patutlah Berbeza!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

23 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

24 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

1 day ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

1 day ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

1 day ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

1 day ago