
Sirap Limau kini tampil dengan kempen inspirasi ‘Next Stop: Kerjaya!’ yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2025, khas untuk pelajar SPM, lepasan sekolah, graduan dan orang ramai yang sedang mencari arah kerjaya.
Dengan tema “Cipta Jalan, Bina Masa Depan” dan tanda pagar #NextStopKerjaya, kempen ini menekankan bahawa kejayaan tak semestinya bergantung kepada keputusan akademik. Paling penting, kenal potensi diri dan berani mencuba.
Baca juga: Malaysia Tampil Hidangan Kreatif Di Pastry World Cup 2025, Berjaya Bawa Pulang Pingat Gangsa
KEMPEN ‘NEXT STOP: KERJAYA!’ SEDIA PANDUAN, BUKA JALAN MASA DEPAN

Dalam dunia yang semakin mencabar, pilihan kerjaya kini lebih luas dan tak lagi terhad kepada laluan biasa. Namun, masih ramai keliru hala tuju atau terjebak dengan penipuan kerja.
Melihat situasi ini, Sirap Limau tampil dengan kempen ‘Next Stop: Kerjaya!’ yang menyentuh isu sebenar masyarakat, termasuk kebimbangan anak muda dan harapan golongan OKU untuk peluang kerjaya yang lebih adil.
Pelbagai artikel, infografik dan video inspirasi akan dikongsikan di laman khas siraplimau.com/nextstopkerjaya, dengan sokongan rakan kerjasama seperti Coursera dan Jobstreet.
TIGA FASA PENTING DALAM KEMPEN ‘NEXT STOP: KERJAYA!’
Kempen Next Stop: Kerjaya! dibahagikan kepada tiga fasa menarik, masing-masing dengan pengisian tersendiri:
1. Pit Stop Kerjaya.
Fasa pertama ibarat hentian rehat untuk kumpul semangat. Anda akan disajikan dengan artikel dan video inspirasi, termasuk temubual bersama tokoh berjaya serta kisah orang biasa yang berjaya bangkit dalam kerjaya.
2. Suara Pencari Kerja.
Fasa kedua menyasarkan orang ramai, terutama pencari kerja. Dua hantaran utama akan dimuat naik di Facebook Sirap Limau, iaitu tentang kerjaya inklusif untuk OKU dan penipuan pekerjaan.
Melalui hantaran ini, komuniti dijemput berkongsi pengalaman dan pandangan yang boleh jadi rujukan berguna kepada penjelajah kerjaya lain.
Menariknya, fasa ini juga menampilkan podcast khas berjudul ‘Realiti’ di YouTube Sirap Limau, yang menampilkan tokoh forensik terkenal berkongsi kisah perjalanan kerjayanya dari anak kampung hingga berjaya menangani kes bertaraf dunia.
3. Destinasi SPM.
Fasa terakhir fokus kepada calon SPM 2025. Melalui hantaran khas di Facebook, orang ramai digalakkan berkongsi kisah, pengalaman dan tips kerjaya yang boleh menyuntik semangat kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan penting ini.
ADA PROGRAM KHAS, BUAL BICARA ‘CERITA SPM KITA’

Satu program bual bicara bertemakan ‘Cerita SPM Kita’ akan diadakan pada 20 Ogos 2025, dihoskan oleh Penyampai Radio KOOL 101, Muaz Mohamed.
Program ini akan menampilkan tiga tetamu istimewa iaitu seorang wakil pelajar cemerlang SPM 2024, personaliti tv popular dan ahli politik ternama.
Ketiga-tiga figura ini akan berkongsi kisah suka duka zaman persekolahan mereka, serta perjalanan menuju kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya.
Program ini akan disiarkan secara langsung di TikTok Sirap Limau, disaksikan oleh orang ramai serta 30 calon SPM yang dijemput khas ke Media Prima.
JEMPUT HADIR KE BOOTH-ACTIVATION ANJURAN TALENTLABS
Sirap Limau akan sertai ‘booth-activation’ di Pameran Kerjaya 2025 anjuran TalentLabs pada 23 dan 24 Ogos ini. Jemput datang kerana inilah peluang terbaik untuk anda berhubung, belajar dan rancang masa depan.
Sirap Limau juga mengajak semua rakyat Malaysia kongsikan kisah kerjaya anda, sama ada pahit, manis atau jatuh bangun. Bukanlah sekadar kempen, tapi ia adalah usaha membina generasi yang yakin dan bersedia hadapi cabaran.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari siraplimau.com/nextstopkerjaya dan ikuti Sirap Limau di semua media sosial rasmi @siraplimau.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
- Nurul Halifah Hamiruddin ([email protected]);
- Nurul Nadzirah Roselan ([email protected])
Kredit gambar muka depan: jcomp dari Freepik
Sumber: Sirap Limau
Baca juga: My Resipi, Sirap Limau, VOCKET & Waktu Solat Malaysia Lancar Kempen ‘Halal Travel’
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














