Categories: Infomasi

Bekas Arkitek Jual Nasi Kerabu di London, Raih Pendapatan Lebih RM2 Juta Setahun!

nasi kerabu kelantannasi kerabu kelantan

Siapa sangka, sebuah keluarga boleh meraih pendapatan lebih RM2 juta setahun hanya dengan menjual makanan tempatan seperti nasi kerabu Kelantan di Kota London.

Perkara ini dikongsi oleh seorang peniaga yang mengendalikan gerai di Victoria Park, London, United Kingdom ketika ditemu bual oleh pemilik akaun TikTok, @christhechindian.

Baca juga: Hanya Petik Buah Durian, Lelaki Ini Dedah Raih Pendapatan RM9,227 Sebulan!

BERHENTI KERJA DAN BUKA GERAI JUAL NASI KERABU KELANTAN DI LONDON

Gerai bernama ‘Eat Lah’ ini beroperasi dengan membuka khemah biru di taman awam yang sering dikunjungi orang ramai. Perniagaan yang bermula pada 2019 itu tercetus selepas peniaga berkenaan berhenti kerja sebagai arkitek setelah 10 tahun dalam bidang tersebut.

Peniaga itu juga mengakui menghadapi pelbagai cabaran, antaranya memperkenalkan makanan Malaysia, termasuk nasi kerabu dan menarik minat masyarakat tempatan yang memakan masa.

“Ketika itu, saya rasa sudah hilang minat di dalam bidang arkitek. Sebab itulah saya memulakan perniagaan nasi kerabu. Kebetulan saya juga dibesarkan keluarga di dapur (persekitaran penyediaan makanan).

“Sejujurnya, kami ambil masa juga bagi memperkenalkan makanan yang dijual kepada masyarakat tempatan lebih lagi bukan semua tahu tentang nasi berwarna biru ini,” katanya dalam rakaman itu.

RAIH PENDAPATAN MENCECAH 2 JUTA!

Dalam perkongsian yang sama, peniaga itu mendedahkan bahawa pendapatan tahunan mereka boleh mencecah £400,000 (RM2,244,772.22) hasil jualan makanan.

Sekadar info, peniaga berbangsa Cina ini mengendalikan perniagaan bersama bapanya yang merupakan imigran, serta isterinya yang berasal dari Kelantan, Malaysia.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna TikTok berbangga melihat makanan tempatan, terutamanya nasi kerabu yang semakin digemari oleh masyarakat luar.

Ramai pengguna juga berkongsi pendapat bahawa penjualan nasi kerabu ini turut mempromosikan Malaysia di seluruh dunia, selain mendoakan agar perniagaan tersebut terus berkembang maju di London.

Video penuh:

Sumber: TikTok christhechindian

Baca juga: “Terkedu Tengok Harga..” – Nasi Lemak Bernilai RM410 Ini Buat Netizen Tergamam!

Nasiha

Recent Posts

Cara Pilih Udang Segar Supaya Tak Lembik Selepas Masak, Wajib Ada 3 Ciri ‘Ini’

Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…

2 days ago

Puding Laici Susu Ocean Blue, Makan Sejuk-Sejuk Rasa Segar Tak Terhingga!

Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…

2 days ago

Cara Elak Nasi Cepat Basi, Rupanya Ada Petua Kena Ikut Supaya Tahan Lama!

Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…

2 days ago

Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi!

Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…

2 days ago

Resipi Sos Hijau Yaman, Cicah Dengan Apa Pun Pasti ‘Terangkat’!

Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…

3 days ago

Kek Sandwich Victoria Terlajak Gebu, Siap Ada Filling Yang Tangkap Leleh!

Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…

3 days ago